Chap 33

1.4K 84 13
                                    

Gempa sedar dalam keadaan mamai. Dia langsung tidak ingat apa yang telah terjadi malam semalam. Dan dia tidak ambil peduli. Apa yang dia peduli sekarang adalah dia ingin segera ke bilik mandi dan mencuci mukanya kerana dia yakin yang wajahnya amatlah teruk sekarang.

'Ahh... Malam semalam aku terlebih pula. Nampaknya kena-'

Langkah Gempa serta-merta terhenti apabila dia dapat merasakan hawa dingin menyapa kakinya selepas sahaja dia membuka selimut. Gempa terdiam. Dirinya yang pada awal tadi masih berasa mengantuk perlahan-lahan mula mengumpul kesedaran semula.

Gempa menunduk ke bawah. Mendapati dirinya kini sedang mengenakan baju t-shirt berwarna merah. Ingat, hanya baju. Dan selebihnya iaitu kakinya langsung tidak ditutup oleh apa-apa.

Gempa cuba mengumpul kesedarannya. Cuba memanggil dan mengingat kembali akan peristiwa-peristiwa yang telah berlaku malam semalam.

"Tunggu... "

Dan nampaknya Gempa seperti telah mengingat sesuatu.

•°•°•

Halilintar membalikkan roti goreng yang telah selesai dia goreng dari kuali ke dalam pinggan yang sedang dipegangnya. Pinggan yang berisi roti yang panas dan rangup itu diletakkan di atas meja makan sambil Halilintar meneruskan penyediaan sarapan sambil-sambil menyanyi lagu-lagu rawak.

BANG!!

Bahu Halilintar sedikit terhinjut ke atas apabila dia tiba-tiba terdengar bunyi pintu yang ditutup dengan kuat. Halilintar membalikkan badannya. Dan tidak perlu menunggu masa yang lama, dia dapat melihat wajah Gempa tersembul keluar dari balik dinding.

Mata mereka saling bertemu buat seketika sebelum Gempa terus mendekati Halilintar dan menghentak meja makan dengan kuat.

BANG!

"Bagitau aku! Apa yang kau dah buat dekat aku semalam! "

"A-apa? Gem-"

"JUST FUCKING TELL ME!! "

Halilintar menjadi kelu apabila dia mendengar suara lantang Gempa.

Gempa mengerang kesal. Dia berjalan semakin dekat kepada Halilintar dan mengambil segala apa yang sedang dipegang oleh suaminya itu dan diletakkan di atas dapur. Dia tahu 'perbualan' kali ini akan lebih lama dan ganas. Jadi dia perlu elakkan perkara-perkara yang boleh membawa kecederaan daripada berlaku.

"Bagitahu aku, Hali! Apa kau dah buat semalam?! "

"Gem, abang tak faham-"

"JANGAN BUAT-BUAT TAK FAHAMLAH BODOH! Macam mana aku boleh ada dalam bilik?! Macam mana aku boleh tidur atas katil?! Macam mana aku hanya pakai baju saja sekarang?! Bagitau aku!!"

Terasa seperti ingin keluar sahaja anak tekak Gempa sewaktu dia menjerit tadi. Jeritannya sangat kuat sehingga ia membuatkan telinga Halilintar sedikit berdesing sakit.

"Gempa, tenang dulu. Biar abang terangkan. "

"Aarrgh!! Kenapa susah sangat kau nak bagitahu?! "

"Gem, bertenang! "

"Macam mana aku nak bertenang, hah?! Kau ambil kesempatan, kan?! Baik kau cakap! "

Will You? [C]Where stories live. Discover now