Chap 115

569 57 8
                                    

WARNING!
TW - Trigger Warning!
MC - Mature Content!
ST - Suicidal

A/N: To be honest I really hate this chapter but I have to make it to make the story be better... I'm sorry :'D


Ding dong!

Bunyi suara loceng pintu menyedarkan Halilintar dari lamunannya. Kelopak matanya terbuka dan dia pun baru tersedar yang lamunannya tadi terasa seperti mimpi ngeri yang nyata. Atau lebih tepatnya memorinya yang bermain semula di dalam mimpi.

"..."

Halilintar duduk di atas katilnya dan termenung pada dinding biliknya dengan pandangan yang kosong.

Ding dong!

"Ya, sekejap! "

Kedengaran suara Gempa sekali lagi membangkitkan lamunan Halilintar. Tanpa membuang masa, dia pun terus beralih turun dari katil dan melangkah keluar dari biliknya untuk melihat siapakah tetamu yang tiba-tiba datang bertandang pada waktu itu. Dan apa yang membuatkannya semakin ingin tahu adalah kerana hatinya tiba-tiba rasa tidak sedap akannya.

•°•°•

"Sai! "

"Surprise! "

Mulut Gempa terbuka lebar kerana saking terkejutnya dia apabila dia melihat Sai sedang berdiri di hadapannya sambil tersenyum lebar. Dengan sedikit panik, Gempa membetulkan cara pemakaiannya dan berdiri sopan di hadapan Sai sebagai tanda hormat di atas kedatangan tetamunya itu.

"It's been a while, Gempa! Apa khabar? "

"Ah... Umm... Y-ya macam biasalah! Hehe! Umm... S-sorang je ke? "

"Hm? Mestilah sorang je! Saya mana ada sesiapa yang boleh teman saya selama ni! Takkan lah Gempa dah lupa? "

"Eh, b-betul lah! Hahaha! Uhm... J-jemputlah masuk, Sai! "

Sai tersenyum geli hati apabila melihat tingkah laku Gempa yang tidak kalah menggemaskan itu. Dan tanpa berfikir panjang, Sai pun secara spontan menarik tubuh Gempa lalu memeluknya erat.

Gempa yang menerima pelukan tersebut pun tiba-tiba kaku dan terdiam.

"I miss you. Just a little bit. "

Mendengar kata-kata terakhir Sai tadi pun sedikit sebanyak menghilangkan rasa kaku Gempa. Dia kemudiannya kembali seperti biasa dan membalas pelukan Sai semula.

"What are you? 12?"

Sai tertawa kecil dan melepaskan pelukan tersebut. Dia menatap Gempa sambil tersenyum dan kemudiannya memberikan beberapa buah beg kertas dan plastik berjenama kepada Gempa.

"Eh? I-ini...? "

Sai mendekatkan wajahnya sedikit ke arah Gempa dan membisik lembut.

"It's for the newborn babies. Congrats! "

Gempa terdiam sebelum akhirnya dia tertawa. Dia menerima huluran hadiah tersebut dan kemudian memeluk Sai semula.

"Thank you! I really appreciate it! "

"You're welcome. "

Mereka berpelukan bersama buat beberapa sebelum ia dileraikan dan mereka mula berborak bersama-sama dengan penuh kegembiraan. Dan tanpa mereka sedari, terdapat sepasang mata sedang memandang mereka berdua tanpa sedikitpun berkelip.

Dari atas, Halilintar sedang menatap suasana dihadapannya dengan pandangan yang redup dan kaku. Sejujurnya, dia sudah penat. Cukup penat dan amat penat. Dia tidak tahu kenapa hati dan jiwanya sungguh bodoh untuk memikirkan bahawa jika semakin lama dia berada bersama-sama Gempa, mereka akan kembali berbaik semula. Kenapa? Kerana sekarang dia mula dapat merasakan bahawa semua itu hanyalah mainan fikirannya sahaja.

Will You? [C]Where stories live. Discover now