"Gempa! Gempa ok?! "
Panik Halilintar jadinya apabila dia melihat isterinya yang tadi awalnya sedang berguling-guling seperti kanak-kanak kecil di atas katil, kini sudah jatuh tergolek di atas lantai kerana terkejut. Segera Halilintar berlari untuk mendapatkan Gempa.
"Maaf, abang buat Gempa terkejut ke? "
"Ahh... A-agak terkejut. Tapi takpe. "
Halilintar membantu Gempa berdiri dengan memimpin tangan isterinya lalu membawanya duduk di atas katil semula.
Sebaik sahaja Gempa sudah selamat duduk di atas katil, Halilintar pun mula bertindak untuk memeriksa keadaan isterinya. Takut-takut kalau ada luka.
"Hali... Tengah periksa apa? "
Pertanyaan Gempa membuatkan Halilintar serta-merta terhenti dari kelakuannya. Segera dia mengambil tempat duduknya semula dan menghela nafas. Adakah dia terlebih-lebih tadi?
"Tak... Abang cuma nak tengok kalau-kalau Gempa ada sakit mana-mana. Ada sakit tak? Dekat kaki? Belakang? Perut? "
Gempa, seakan-akan faham apa yang difikirkan oleh suaminya hanya menghela nafas dan tersenyum prihatin. Dia tahu apa yang Halilintar sedang risaukan.
"Kau takut aku gugur ke apa? "
"I-itu... Ada lah sikit... "
Gempa menggelengkan kepalanya.
"Hali, jangan terpengaruh sangat dengan drama. Tak mudahlah untuk seseorang tu keguguran. Apa yang ada dalam drama tu tak sepenuhnya benar tahu? "
"Huh? "
Halilintar melihat Gempa dengan kening yang berkerut. Membuatkan Gempa memutarkan bola matanya sahaja.
"Betul lah. Drama tak sepenuhnya benar. Entah pengarah tu kaji ataupun tak kita tak tahu. Tapi berdasarkan fakta, ni Yaya yang kata, kandungan takkan mudah gugur melainkan itu adalah kandungan yang pertama kali atau kandungan itu lemah, badan ibu yang mengandung itu lemah, ada kecederaan dalaman ataupun ibu yang mengandung itu pernah melakukan keguguran sebelum itu.
Jadi kalau takde kes macam tu dalam badan ibu yang normal, kandungannya tiada masalah. Lagipun, takkan lah jatuh sikit dah gugur? Logiklah sikit. "
"Tapi.. Kan ada kes orang gugur sebab terjatuh. "
"Mungkin dia ada masalah seperti yang aku cakap tadi? Macam tu lah secara logiknya. Mustahil untuk orang tu gugur dengan begitu mudah. Jatuh sikit dah gugur? Baik duduk atas katil terus. Terperap dekat situ sampai beranak. Dah kata mudah sangat gugur, kan? "
Halilintar hanya tersenyum canggung. Dia tak boleh berkata apa-apa juga. Tambahan pula yang berada di hadapannya ini adalah seorang doktor. Biarpun seorang doktor psikologi, tetapi sepupunya pula doktor sebenar. Daripada bertekak baik diam saja, kan?
"Ok, abang cuba untuk tidak risau, ya? Dan... Gempa nak makan apa-apa tak? Abang ada beli makanan untuk Gempa. "
Gempa membetulkan posisinya dan mengerling ke arah meja yang ada berdekatan dengan sebuah kerusi sofa yang terdapat di sebelah katilnya satu lagi. Melihat dari plastik sahaja Gempa sudah tahu yang ianya adalah makanan segera.
"Hali, I can't eat that. It's unhealthy... "
Gempa memandang Halilintar dengan pandangan yang kecewa tetapi tidak sedih. Seperti sudah tahu bahawa Halilintar akan membeli makanan sebegitu.
"Eh? Y-yeke...? Maaf... Abang tak tahu. Abang takut Gempa lapar dan tak dapat nak makan makanan ruji jadi abang beli apa-apa yang boleh buat Gempa mudah kenyang. "
YOU ARE READING
Will You? [C]
FanfictionLove Me Like You Do (Season 2) Setelah Gempa pergi meninggalkan Halilintar sendirian, Halilintar mula bertekad untuk mencarinya semula. Dan dalam tidak sedar, sudah 4 tahun berlalu dan pencariannya masih belum berakhir. "Tapi Hali, apa yang kau nak...