Chap 27

733 76 5
                                    

TW - Trigger Warning!

A/N: Masih dengan warning yang sama macam chapter lepas. Harap yang tidak gemar dengan aktiviti sebegini boleh mengundurkan diri.

•°•°Flashback°•°•

"Argh-! "

"Hahahaha! Rasakan! Sedap kena belasah jugak?! "

"Khh-! Tak guna! "

Yaya memandang geram ke arah sekumpulan pelajar nakal yang kini sedang berdiri mengelilinginya yang sudah tersungkur di atas tanah dengan penuh luka dan lebam pada badan dan wajahnya.

"Yaya! "

Gempa cuba menolak dan melepaskan dirinya daripada dipegang dan ditarik kasar oleh kumpulan pelajar tadi namun ia mengakibatkan Gempa ditumbuk dan ditampar dengan kuat. Gempa meringis kesakitan kerana kawasan perutnya yang sentiasa menjadi mangsa untuk dipukul.

"Lepaskan Gempa! Korang nak balas dendam dekat aku je kan?! Buat apa nak libatkan Gempa sekali?! "

Yaya kini berjaya bangkit semula. Biarpun badannya sedikit sakit kerana dipukul teruk, tetapi dia tidak mahu menyerah kalah. Dia sudah berjanji dan bersumpah untuk melindungi Gempa daripada manusia-manusia di hadapannya itu.

"Heh, ada kitorang cakap macam tu ke? Takde, kan? So that's mean kitorang pun akan pukul sepupu kau tu sama macam kitorang belasah kau ni! "

"Apa yang korang tak puas hati dengan Gempa?! Apa salah dia?! "

Ketua daripada kumpulan itu hanya menggeleng dan tersenyum sinis.

"Takde apa. Kami cuma nak menjalankan 'hobi' saja. Dan untuk pengetahuan kau, inilah hobi kami! Belasah dan kerjakan orang-orang lemah macam kau dan sepupu kau! "

"Setan! Korang semua ni memang patut dihukum! Apa korang ingat membuli ni boleh bawak faedah ke?! Takde masa depan ke?! Boleh pergi mati lah dengan hobi tak guna korang ni! "

"Oh? Boleh pergi mati, ya? Apa kata kitorang hantar kau dulu? Belasah dia! "

Bagai sekumpulan pengganas yang kejam, pelajar yang mempunyai bilangan 10 orang kesemuanya (kecuali Yaya dan Gempa) terus menyerang dan memukul Yaya beserta Gempa. Mereka memukul dan mencederakan Yaya dan Gempa tanpa belas kasihan sehingga terdapat kesan darah mengalir keluar dari sudut badan mereka berdua.

"Tidak! Berhenti! Akh-! Jangan cederakan Yaya! Tolong! "

Gempa menangis kerana melihat keadaan sepupunya begitu tersiksa kerana diperlakukan dengan begitu kejam. Walaupun badannya lemah, tetapi Gempa terpaksa menolaknya ke tepi dan mendorong dirinya keluar dari kumpulan pelajar yang ganas itu.

Sebaik sahaja dia berjaya terlepas, Gempa pun terus mendekati kerumunan yang sedang menempatkan Yaya di dalamnya dan menolak satu per satu daripada pembuli-pembuli tersebut.

"BERHENTI!! "

Gempa, sebaik sahaja berjaya melepasi kerumunan yang ramai itu pun terus melindungi Yaya. Dia tidak mahu sepupunya pengsan dan mempunyai luka yang teruk.

"Hahahaha! Tengoklah semua! Tengoklah betapa lemahnya mereka! "

"Tengoklah lelaki carrier ni! Nama saja lelaki tapi takde sifat jantan langsung! Kau ni memang perempuan! "

Will You? [C]Where stories live. Discover now