Chap 9

794 81 8
                                    

"Selamat pagi, Halilintar. "

"Pagi juga, Iwan. Amacam drama hiburan kau baru-baru ni? "

"Biasa-biasa saja. Lagipun aku bukan macam kau. Dah biasa dengan dunia hiburan, lakonan, pengambaran, pengacaraan dan lain-lain. Aku yang baru 3 tahun pengalaman pun masih tergagap-gagap sebenarnya. Tapi so far baguslah. "

"Baguslah. Tapi aku rasa kau dah makin improve. 3 tahun tu bukannya lama. Sekejap je. Jadi aku rasa itu salah satu perkembangan yang terbaik untuk kau sebenarnya. "

Iwan mengangguk. Seketika dia terasa cukup bangga dengan diri sendiri apabila dipuji oleh salah seorang selebriti yang paling berpengalaman dalam industri sebegini. Tiada apa yang dapat ditandingi daripada menerima pujian tersebut. Lagi-lagi daripada Halilintar. Seorang selebriti yang serba boleh dari segi lakonan, pengambaran, modeling, pengacaraan, hiburan dan banyak lagi.

"Kau dah berapa lama bekerja dalam industri ni, Halilintar? "

"Hm? Hmm... Lebih kurang 8 tahun? Aku start waktu umur 16."

"16? Mudanya! Habis sekolah kau macam mana? "

"Nah.. Aku drop je. Aku malas nak fokus dekat belajar. Lagipun, aku dah bijak apa? "

Halilintar mempamerkan sebaris gigi putihnya yang menjadi salah satu aset penting di dalam dunianya. Menunjukkan bahawa betapa bangganya dia terhadap dirinya sendiri.

"Biar betul? Lagipun muda kot kau kerja ni?"

"Hey, zaman sekarang benda tu dah normal lah. Zaman sekarang ada je budak-budak umur 5-10 tahun dan mula berlakon? Tu tak kira kalau ada yang nak ambil baby. Kalau kena pula dengan budak-budak yang cute atau handsome lepastu pandai berlakon pula? Memang confirm laku. "

Iwan menganggukkan kepalanya tanda setuju. Betul juga. Jika nak dibandingkan dengan zamannya waktu kecil dahulu, jarang sungguh terdapat mana-mana watak-watak muda di dalam sesebuah cerita. Terutama kanak-kanak atau remaja. Sebab kebanyakan waktu itu pengarah lakonan lebih memilih yang lama dari yang baru. Mungkin sebab pengalaman yang banyak? Entahlah.

Tetapi mujurlah sekarang masyarakat semakin terbuka dan sesiapa sahaja yang layak dan berkeinginan boleh mencuba nasib dalam bidang lakonan sebegini. Kalau nasib baik, maka akan kekal lebih lama. Tapi yang kurang bernasib baik itu tidak akan rugi sepenuhnya. Jika mereka tidak berputus asa, maka bakat boleh diasah. Dan masih banyak lagi syarikat lain yang akan mencari. Senang cakap, rezeki ada di mana-mana. Tinggal cari dan usaha sahaja.

•°•°•

"Ha, sampai pun kau, Hali. Ingatkan tak jadi datang tadi? "

Nut berdiri dari tempatnya sambil bercekak pinggang memandang ke arah Halilintar yang kini sedang berjalan masuk ke dalam sebuah bilik mesyuarat. Tidak dilupakan juga dengan senyuman Halilintar yang tidak henti-henti terpapar itu.

"Mana ada... Aku bukan macam yang dulu lah. Kalau dah janji, mestilah aku tepati. Lagipun maaflah... Aku berhenti untuk sarapan tadi. Sebab semalam aku tertidur lambat jadi terlewa bangun. "

"Takpe. Kamu dimaafkan sebab kami pun sempat sarapan juga tadi sementara menunggu kamu. Sekarang, ambil tempat masing-masing dan kita mulakan perbincangan kita. "

Usai mendengar kata-kata dari pengurus mereka, lalu Halilintar dan Nut pun segera mengambil tempat duduk masing-masing iaitu dengan duduk bersebelahan antara satu sama lain dan berhadapan dengan pengurus mereka.

Pengurus tadi, yang lebih mesra dipanggil sebagai Encik Nizam, menghulurkan beberapa lembar kertas yang sudah disatukan kepada Nut dan Halilintar. Selepas menerimanya, Halilintar dan Nut terus membaca isi di dalam kertas tersebut sembari mendengar penerangan dari pembantu Encik Nizam iaitu Encik Annas.

Will You? [C]Where stories live. Discover now