Chap 69

640 66 14
                                    

Halilintar memandang terkejut ke arah gadis yang sedang berdiri di hadapannya. Adakah ia merupakan kebetulan mereka bertemu di sini?

"Oh, I'm sorry! Y-you can have it. "

Vivian mengundurkan dirinya dan mempersilakan Halilintar untuk naik kereta sewa tadi. Sebenarnya dia baru sahaja selesai pergi membeli barang berdekatan dengan syarikat yang dia kerja dan ingin membelinya sebelum pulang ke rumah. Dan dia sangkakan bahawa kereta sewa yang berhenti tadi adalah untuknya tetapi nampaknya seperti tidak.

Halilintar memandang beg-beg plastik yang dipegang oleh Vivian. Timbul rasa serba salah untuk dia menjadi orang yang mementingkan diri sendiri apabila dia melihat gadis itu nampaknya seperti harus cepat. Walaupun dia tidak tahu ke mana gadis itu ingin pergi.

Baru sahaja Vivian hendak pergi, Halilintar terlebih dahulu sudah memanggilnya.

"Uhhh.. Wait! H-how about you take the same one with me? It would be much easier, right? Well... Unless you are not in hurry... "

"Really? I mean... Can I? "

Halilintar mengangguk dan membukakan pintu kepada Vivian sebagai tanda dia betul-betul mempelawa gadis itu untuk menaiki kereta sewa tersebut bersamanya. Bukan ia membawa maksud apa-apa sangat. Halilintar cuma ingin kelihatan sebagai seorang lelaki yang baik sahaja. Tambahan pula ibunya sentiasa berpesan untuk berbuat baik kepada orang. Kerana jika kita berbuat baik kepada mereka, tuah dapat menyebelahi kita. Dan Halilintar ingin tuah tersebut datang kepadanya supaya dia dapat terus memiliki Gempa.

Ya, segalanya adalah untuk Gempa sebagai tujuan utamanya.

"Yes. "

"Alright! I will take a ride with you then. "

Dan mereka pun masuk ke dalam kereta sewa itu bersama-sama. Halilintar meminta pemandu kereta sewa tersebut untuk menghantarnya terlebih dahulu sebelum pergi ke tempat yang ingin dituju oleh Vivian.

Halilintar sangkakan segalanya tiada apa yang teruk bakal berlaku. Tetapi seandainya dia tahu terdapat sepasang mata sedang memerhatikannya sejak dari tadi lagi bersama sebuah telefon yang kameranya dituju ke arahnya.

Klik!

•°•°•

"Cyclone! Your mother is here! "

"Mama!! "

Taufan melompat riang sambil mendekati Gempa. Senyuman lebar tidak pernah pudar dari wajahnya apabila dia dapat menikmati majlis kecil-kecilan yang dibuat oleh dia dan rakan sekelasnya bersama-sama guru mereka. Dan ditambah pula dia dapat bermain dengan macam-macam jenis permainan. Sehingga pulang, Taufan semakin bertambah ceria pula apabila dia dapat melihat wajah lembut ibunya yang datang menjemputnya.

"Hi, my boy! How's your last day at school, hm? "

"I enjoyed it sho much Mama! I eat a lot of cake and cookie! "

"He sure did, sir. I hope he will brush his teeth as soon as he get home. "

Gempa tertawa kecil kepada guru kelas Taufan lalu mengangguk kecil.

"I will make sure about that. Thank youso much for taking care of my son all this year, teacher."

"It's nothing much, sir. Cyclone is a good boy. I'm sure that he would be a good student even though he's still 4. And he would be a very nice and responsible with his siblings too. "

Will You? [C]Where stories live. Discover now