"Maaf menunggu, Gempa! Nah, sambil-sambil dalam talian tadi saya ada beli coklat-... Gempa? "
Senyuman Sai serta-merta hilang apabila dia melihat Gempa tidak bergerak dari tempatnya. Dia hanya menundukkan kepalanya dan memandang ke arah telefon pintar di tangannya itu.
"Gempa..?"
Sai berjalan mendekati Gempa dan meletakkan barang yang dibelinya tadi di atas meja di sebelah katil Gempa. Pandangannya langsung tidak beralih dari melihat Gempa. Wajahnya jelas mempamerkan perasaan risau dan gelisah. Takut-takut kalau Gempa ada rasa apa-apa atau sakit di mana-mana ke?
"Gempa...? Kamu ok? Hey, kenapa ni? "
Sai menggoncangkan badan Gempa sedikit. Rasa takut mula menguasai dirinya.
"Gempa? Hey! "
"... Sai... "
"Huh? Y-ya...? "
"Kalau orang yang selama ni engkau ingin percaya dan bukakan hati kau untuk dia semula... Rupa-rupanya tipu kau selama ni..? Apa kau akan buat? "
"Hah...? "
"Dan... Kalau orang yang selama ni kau percaya dan rapat... Tiba-tiba kau dapat tahu tikam belakang kau... Apa kau akan buat? "
"..."
Suasana di dalam wad itu menjadi senyap dan sunyi serta-merta.
•°•°•
"U-ugh... "
Gempa mengerdipkan matanya berkali-kali sambil berdesis kecil. Dia rasa seperti dirinya telah mengalami perkara yang amat buruk di sepanjang hidupnya. Ditambah pula kepalanya terasa begitu sakit dan amat berat untuk diangkat.
"Sstt-... Aahh... "
Gempa melihat keadaan sekitarnya. Dia sedang berada di dalam wad.
'Ah, ya... Aku tak lama lagi akan beranak. Jadi sebab tu- huh...? '
Gempa menundukkan kepalanya sembari tangannya menyentuh perutnya.
Rata. Tiada keadaan perut yang berat dan besar yang membuatkan dirinya merasa tidak selesa.
'T-tunggu... A-aku dah beranak ke? Bila? K-kenapa aku tak ingat langsung?! '
"Huh?! A-anak-anak aku! Mana mereka?! "
Gempa berpaling ke kiri dan kanan untuk mencari sebarang tempat tidur kecil yang ada di dalam bilik tersebut. Namun nihil. Dia tidak menemukan apa-apa pun. Baik 2 tempat tidur kecil yang berwarna biru dan oren, mahupun wajah merah jambu bayi yang sedang tidur lena.
"T-tak mungkin...! "
Klik!
"Oh? Gem! Ahh... Leganya abang bila dapat tengok Gem bangun! "
Gempa mendongakkan kepalanya dan melihat susuk tubuh suaminya iaitu Halilintar yang sedang berjalan menghampirinya. Perasaan lega sedikit muncul di dalam hatinya kerana dia dapat melihat wajah suaminya. Namun ia tidak sama sekali menenangkan dirinya sepenuhnya tentang ketiadaan anaknya di depan mata.
"H-Halilintar... M-mana mereka? Mana anak-anak kita? Mana kembar kita? "
"Oh? Tentang tu... "
YOU ARE READING
Will You? [C]
FanficLove Me Like You Do (Season 2) Setelah Gempa pergi meninggalkan Halilintar sendirian, Halilintar mula bertekad untuk mencarinya semula. Dan dalam tidak sedar, sudah 4 tahun berlalu dan pencariannya masih belum berakhir. "Tapi Hali, apa yang kau nak...