Chap 21

810 81 5
                                    

Sai berhenti daripada mengunyah biskut di dalam mulutnya apabila dia melihat reaksi terkejut daripada 2 beranak di hadapannya. Perasaan hairan mula menguasai dirinya.

"Kenapa? Saya silap cakap ke? "

Gempa mula bergerak semula dari tempatnya apabila dia baru tersedar bahawa dia berhenti secara tidak sengaja tadi. Dia kembali ke arah kaunter dapur dan mula memasukkan biskut-biskut yang ada di dalam dulang tadi ke dalam sebuah balang yang kosong.

"T-takde apa... "

Gempa menjawab dengan gugup. Tidak pasti sebenarnya bagaimana dia harus memberikan respon kepada kata-kata Sai tadi. Dia tidak mahu orang luar tahu tentang keadaan keluarganya.

Sai memandang pelik ke arah Gempa. Hairan dengan lelaki manis di hadapannya yang kelihatan begitu gugup. Taufan juga seperti senyap sahaja.

"Uhm... Ekhem! Taufan... Boleh uncle minta tolong? "

"Ya, uncle? "

"Uuhh... Uncle nak beli snek lepas ni. Tapi uncle tak tahu yang mana yang best. Boleh Taufan tolong listkan untuk uncle? "

"Oh? Boleh! Boleh! Biar Taufan tulish dalam kertash dan bagi pada uncle, ya? Tunggu, ya? "

Sai mengangguk faham dan membantu Taufan untuk turun daripada kerusi yang diduduki oleh kanak-kanak itu. Setelah Taufan hilang dari pandangan dan masuk ke dalam bilik, Sai pun kembali memandang ke arah Gempa.

"Uuhh.. Maaf kalau apa yang saya cakap tadi menganggu korang berdua. Saya tak tahu-"

"Rasanya... Sai tak salah apa-apa. Salah saya sebab tak beritahu apa-apa sebenarnya. "

"Tak beritahu apa-apa? Kenapa? Kamu ada sembunyikan sesuatu? "

Gempa terdiam. Dia mengambil tempatnya di atas kerusi dan mula merenung ke arah biskut rangup yang ada di hadapannya itu.

"Sebenarnya saya tak nak sesiapa tahu tentang ni. Lagi-lagi orang luar. Tapi saya rasa... Mungkin saya boleh percaya kepada Sai? "

Gempa memandang ke arah Sai dengan pandangan yang berharap. Berharap agar lelaki di hadapannya ini tidak akan menyebarkan rahsia yang selama ini dia sembunyikan daripada sesiapa. Walaupun tidak terlalu penting untuk diketahui oleh seluruh masyarakat, tetapi bagi Gempa ia amat penting. Maruah dan namanya akan tercalar jika perkara sebegini akan sampai di telinga seluruh orang.

"I will not disappoint you, Gempa. Kalau kamu perlukan tempat untuk bercerita, saya sedia mendengarnya. "

Mendengar ucapan Sai tadi membuatkan dada Gempa terasa ringan. Seperti hilang rasa berat yang entah dari mana datangnya.

"Well... If you said so... "

Pegangan Gempa kepada balang di tangannya menjadi kuat. Gempa perlu mengumpulkan seluruh keberaniannya untuk memanggil kembali memori silamnya yang telah lama dia tinggalkan. Bagi Gempa, ia adalah cabaran yang besar.

"Sai... Sebenarnya saya sudah tidak bersama dengan suami saya lagi. "

Gempa memandang ke arah Sai apabila dia mula membuka cerita. Selepas mendapat pandangan untuknya meneruskan cerita daripada Sai, Gempa pun kembali menyambung ceritanya.

"Saya sudah bercerai dengannya. Sudah 4 tahun berlalu... Dan saya pun sudah lupakan kisah itu. "

"Maksudnya... Adakah kamu berdua saling berpisah antara satu sama lain? "

Gempa menggeleng.

"Dia tak nak. Dia tak nak berpisah dengan saya sebab... Dia baru sedar yang dia sudah cintakan saya. Tapi segalanya sudah terlambat. Perasaan suka, cinta, sayang dan segalanya dah hilang dari saya terhadap dia.

Will You? [C]Where stories live. Discover now