Chap 109

498 50 7
                                    

Seminggu kemudian, jika sebelum ini kita menyangka bahawa keadaan mereka akan baik-baik sahaja setelah itu namun malang seribu kali malang. Harapan dan sangkaan yang kita inginkannya berlaku menjadi tolak belakang sekali dengan apa yang sedang terjadi sekarang.

Halilintar sedang menatap suasana dihadapannya dengan pandangan yang redup dan kaku. Sejujurnya, dia sudah penat. Cukup penat dan amat penat. Dia tidak tahu kenapa hati dan jiwanya sungguh bodoh untuk memikirkan bahawa jika semakin lama dia berada bersama-sama Gempa, mereka akan kembali berbaik semula. Kenapa? Kerana sekarang dia mula dapat merasakan bahawa semua itu hanyalah mainan fikirannya sahaja.

'Is it my fault? Fuck... Of course it is. Who else if it wasn't me? I'm not gonna get him back. He is totally ashamed and hate to have me with him. Whatever I did was all wrong to him. But why the fuck I still insisted to stay here? Seriously, what the fuck? '

Halilintar merenung pasangan yang berada di muka pintu rumah tersebut dengan perasaan hampa. Dan tidak berdiri lama di situ, akhirnya Halilintar pun memusingkan badannya dan melangkah masuk ke dalam bilik. Tanpa membunyikan suara atau pergerakan, Halilintar mengurung dirinya sendiri di dalam bilik.

•°•°•

3 jam sebelum itu, pada saat itu Halilintar sedang menyiapkan sarapan untuknya dan Taufan. Hari itu merupakan hari minggu namun Taufan meminta untuk pergi ke rumah MamaZila lewat sedikit kerana katanya dia ingin menemani ayahnya sarapan bersama-sama. Halilintar yang mendengar perkara tersebut sudah tentunya bahagia dan gembira kerana Taufan sudi ada bersamanya di saat dia sedang merasa kesepian.

"Hari ni Taufan nak buat apa sebelum ke rumah MamaZila dan Kak Pipi? "

Taufan yang sedang mengunyah sarapannya tampak sedang berfikir seketika sebelum dia menelannya dan menjawab pertanyaan Halilintar.

"Hmm... Taufan nak practice boleh? "

"Practice? "

Taufan mengangguk sambil mengangkat kedua belah tangannya seolah-olah ingin memberikan petunjuk dan isyarat kepada Halilintar.

"Practice macam hari tu punya, Papa! Taufan rasya hari ni Taufan meshti boleh lakukannya!"

Halilintar yang pada awalnya tidak faham akan maksud daripada ucapan anaknya pun akhirnya faham. Halilintar ber-oh ria dan menganggukkan kepalanya tanda setuju.

"Boleh! Boleh! Nanti kita cuba, ya? Kalau tak boleh hari ni pun kita cuba lain kali pulak! "

Mendengar balasan daripada ayahnya itu serba sedikit membuatkan Taufan kesal. Jadi dengan mengembungkan pipinya Taufan pun menggelengkan kepalanya laju.

"No! Hari ni juga Taufan kena pashtikan Taufan dapat lakukannya! Papa dah banyak tolong Taufan syelama ni! Jadi Taufan kena buktikan yang Taufan boleh! "

Halilintar terkekeh-kekeh ria sambil menatap kagum ke arah anaknya. Seolah-olah anaknya itu seperti sebuah intan permata yang amat berharga sekali. Halilintar bersyukur kerana Taufan menjadi anaknya. Sekiranya Taufan tiada atau dia tidak tahu tentang kewujudan anaknya ini, sudah tentu dunianya sekarang akan menjadi tunggang terbalik.

"Alright, My Boy! Let's hurry up and finish our breakfast first and then we will start with our practice! "

"Roger, Papa! "

Will You? [C]Where stories live. Discover now