Chap 74

908 74 14
                                    

"Oh? "

Gempa melihat tarikh yang terdapat pada kalendar yang digantung di dinding rumah dengan mata yang bulat diikuti dengan mulutnya. Halilintar dan Taufan yang berada di ruang tamu terus memandang ke arah Gempa dan tertanya-tanya kenapa Gempa berbunyi seperti tadi.

"Gem? Ada apa? "

"Ah, uhmm... Tak. Takde apa. "

Gempa cepat-cepat beredar dari sana dan naik ke tingkat atas. Dalam diam dia mengutuk dirinya sendiri kerana telah tersasul dan telah membuatkan anak dan suaminya tertanya-tanya tentang keadaannya.

"Papa, Mama kenapa? "

"Hmm... Entah? Tunggu kejap Papa pergi tanya, ya? Kamu teruskan siapkan latihan tu. Ok? "

"Ok, Papa! "

Halilintar pun bangun dari kerusi sofa dan terus berjalan menuju ke arah tangga untuk melihat keadaan Gempa di tingkat atas. Dia berharap agar tiada apa-apa yang buruk terjadi ke atas isterinya itu.

•°•°•

"Helo, Yaya? "

Di tingkat atas, atau lebih tepatnya di dalam bilik Gempa, dia sekarang sedang membuat panggilan kepada sepupunya. Dan sesiapa sahaja yang mendengar suara Gempa sekarang pasti akan berasa hairan kerana suaranya kedengaran begitu cemas sekali.

"Ya, Gem? Ada apa? Kau ok ke ni? "

"Ya.. Ya! Aku ok! Cuma... Ada yang tak ok sikit. "

"Hah? Apa yang tak ok? Cuba kau beritahu aku? Baby dalam perut ok ke? "

"Ya. Mereka ok saja! Tapi ini bukan pasal mereka! "

"Habis pasal siapa? "

"Taufan! "

"Taufan? Ada apa? "

"Yaya, cuba kau pergi tengok kalendar sekarang! "

"Kalendar..? Kejap. "

Kedengaran sesuatu diletakkan di atas meja yang Gempa yakin ia adalah telefon Yaya. Nampaknya gadis itu telah meninggalkan telefonnya di sebuah tempat dan beredar dari tempatnya tadi.

Dalam masa yang sama Gempa sedang menunggu Yaya, pintu biliknya tiba-tiba diketuk dan muncul wajah Halilintar di sebalik muka pintu.

"Gem? Everything's ok there? "

Gempa menganggukkan kepalanya dan seterusnya dia meletakkan jari telunjuknya di bibir sebagai tanda untuk meminta Halilintar diam seketika. Halilintar pula, dengan akur dia ikut sahaja dan masuk ke dalam bilik Gempa tanpa mengeluarkan sebarang bunyi.

"Gempa, aku dah tengok kalendar. "

"Kau tahu kan hari ni berapa hari bulan? "

"Oh, tahu! Hari ni 11... Kejap! Jangan cakap yang... "

"Exactly! Hari jadi Taufan! "

Gempa separa menjerit dekat telefonnya dengan wajah yang cemas. Manakala Halilintar yang tidak faham dengan apa yang sedang dibualkan oleh mereka berdua hanya mampu berdiam diri sahaja di tempatnya.

Will You? [C]Where stories live. Discover now