"You what?! "
Membutang mata Yaya sambil dia merenung dalam-dalam wajah Gempa. Apa yang barusan dia dengar daripada Gempa amatlah tidak masuk akal baginya dan sangatlah tidak boleh dimaafkan. Yaya ingin marah, tetapi perasaan terkejutnya lebih menguasai dirinya.
"Gempa did you know what you have done?! Because of you your husband-!... Like this! "
Gempa semakin tidak tenang duduk di atas kerusinya. Mendengar segala bebelan Yaya membuatkan dirinya semakin rasa serba salah.
"Aku tahu... T-tapi itu je cara untuk-"
"Unbelievable! Gempa apa yang kau buat ni boleh membuatkan lagi dia benci dirinya tahu? Ahh... Aku tak percaya kau adalah orang yang sama yang masih memikirkan orang lain berbanding dirinya sendiri. Kau tahu? Apa yang kau buat ni tak bermoral! "
Terasa seperti airmatanya bila-bila sahaja akan mengalir sewaktu mendengar amarah Yaya. Gempa mengetap bibirnya sehingga ia berubah ke warna kekuningan.
"Maaf... Aku tak bermaksud... "
Yaya memutarkan bola matanya. Dia masih tak boleh terima apa yang dilakukan oleh Gempa adalah langsung tidak masuk akal.
"Sudahlah. Kau sudah berubah, kan? Apa lagi yang aku boleh buat? You've become someone who are really... Really selfish! "
Gempa mengangkat wajahnya dan memandang ke arah Yaya dengan pandangan memohon. Terdapat perasaan menyesal tertulis di matanya. Dan Gempa betul-betul memaksudkannya.
"Yaya... Tolong bantu aku. Aku... Aku akan betulkan segalanya. Aku akan cuba betulkan keadaan. "
"Dengan keadaan dia masih kecewa dengan kau? Aku rasa tidak. "
"Yaya, please. Aku janji akan ikut segala apa yang kau arahkan. Aku akan tebus segalanya. Aku janji! "
Yaya memandang Gempa dengan ekoran mata. Terdapat rasa curiga terpapar di wajah gadis itu.
"Mama... "
Serentak Yaya dan Gempa menoleh ke arah Taufan yang kini sedang berjalan mendekati mereka berdua sambil menguap kecil dan menggosok sebelah matanya. Nampaknya kanak-kanak itu kelihatan seperti sedang mengantuk.
"Ya, Taufan? "
"Mama... Jom balik..? Taufan ngantuk.. "
"Kamu mengantuk? Uhmm.. Kejap ya, sayang? "
Gempa kembali menoleh ke arah Yaya semula dan begitu juga dengan gadis itu. Mata mereka saling bertemu. Menyampaikan maksud tersirat di sebalik pandangan masing-masing.
"Yaya... Please... "
"Haaa... Baiklah. Tapi betul ni kau akan ikut saja? "
"Apa saja. Janji. "
Yaya diam buat seketika sebelum pada akhirnya dia pun mengangguk setuju. Mendapat respon positif seperti yang diinginkannya sudah tentu membuatkan hati Gempa sedikit sebanyak rasa lega. Dia berterima kasih kepada Yaya kerana sudi memberikannya peluang kedua.
Yaya tidak membalas apa-apa selepas itu. Dia membiarkan sahaja Gempa meminta diri dan membawa Taufan untuk pulang bersama-sama ke rumah mereka. Yaya melihat sahaja Gempa berlalu pergi begitu sahaja sehingga Gempa hilang dari pandangan di sebalik pintu apartmentnya.
Sebaik sahaja Gempa sudah pergi, Yaya pun meraih telefonnya semula dan menelefon nombor seseorang. Tidak perlu menunggu waktu yang lama untuk orang yang dipanggil menjawab panggilannya.
"Helo? "
"Semuanya berjalan dengan lancar. Dia juga ada ceritakan pada aku tentang perkara yang di luar jangkaan. "
YOU ARE READING
Will You? [C]
FanfictionLove Me Like You Do (Season 2) Setelah Gempa pergi meninggalkan Halilintar sendirian, Halilintar mula bertekad untuk mencarinya semula. Dan dalam tidak sedar, sudah 4 tahun berlalu dan pencariannya masih belum berakhir. "Tapi Hali, apa yang kau nak...