"Thank you so much for teaching him and give a guidance to him for all these time, teacher. I appreciate it so much!"
"Oh my, it really doesn't matter, Mr. Quake! Cyclone is a very smart boy and I was so happy to see him graduate from his kindergarten. He has a very good manner and the way he helped to teach his classmates and me makes me realised that you have been a successful parent to him."
"Oh, wow... did he help you with something?"
"Yes, he was! He helped with a lot of thing such as cleaning hacks, teaching hacks, how to calm his friend when they were crying and oh! Of course I wouldn't forget that time when he read the storybook to his friend before they have afternoon nap!"
Mata Gempa terpinga-pinga mendengar cerita tentang anaknya, Taufan daripada guru yang sebelum ini pernah mengajarnya.
'Wow...? Hebat sangat anak aku ni. Mungkin aku patut hadiahkan dia sesuatu?'
•°•°•
"Papa."
"Hm?"
"Papa pergi mana sebelum ni?"
Mata Halilintar memandang pelik ke arah anak sulungnya disebabkan oleh soalan yang tiba-tiba tadi. Mereka berdua sekarang sedang menunggu Gempa untuk selesaikan urusan tamat sekolah Taufan di tadikanya dan sementara menunggu, Halilintar berniat untuk berborak dan meluangkan masa bersama-sama anaknya di dalam kereta Gempa. Sudah tentu Halilintar tak boleh bawa anaknya keluar bersamanya kerana dia tahu nanti mesti ada peminatnya ingin datang untuk bergambar dan sebagainya. Halilintar tak nak masa untuknya dan anaknya dipersiakan jadi itulah sebabnya dia memilih untuk lebih berada di dalam kereta.
"Maksud kamu? Papa takde pergi mana. Ada je dengan kamu kan sebelum ni?"
Taufan menggeleng menafikan jawapan Halilintar. Kening Halilintar berkerut hairan. Nampaknya bukan itu soalan yang dimaksudkan oleh Taufan.
"Bukan yang itu. Yang sebelum Papa tiba-tiba muncul depan Taufan dan Mama. Papa pergi mana? Mama kata Papa pergi kerja tapi Taufan tak tahu pun Papa kerja apa dan dekat mana."
"Kenapa Taufan tanya macam tu?"
Jari-jemari kecil Taufan menguis dan bermain-main dengan baju hujung bajunya sambil menunduk. Tiba-tiba dia rasa serba salah untuk bertanya tentang perkara yang ada di dalam fikirannya kepada ayahnya itu.
"Taufan nak tahu... ke mana Papa pergi lama sangat. Dan kenapa awal-awal dulu Mama dan Papa tak rapat pun? Taufan pun perasan yang Mama dan Papa selalu gaduh. Mama pun nampak benci sangat dekat Papa. Kenapa Papa?"
Halilintar mendapat pandangan sedih daripada anaknya. Mata birunya kelihatan berkaca-kaca kerana sedang menahan air mata daripada mengalir keluar. Taufan tidak tahu kenapa dia menangis, tetapi mengingat kembali akan memori di mana ibunya sering menjerit dan memarahi ayahnya, ia membuatkan jiwa kanak-kanaknya tertanya-tanya akan sebab ada kenapa ia berlaku.
"Taufan..."
Halilintar mengangkat tubuh kecil anaknya lalu meletakkannya di atas pangkuannya. Taufan membiarkan ayahnya berbuat demikian dan tidak terlepas untuk turut membalas tatapan yang diberikan oleh Halilintar.
"Agak sukar untuk Papa terangkan tentang perkara tu tapi Taufan jangan risau, ya? Mama dan Papa dah berbaik. Kitorang dah tak gaduh dah dan Mama pun dah tak bencikan Papa."
YOU ARE READING
Will You? [C]
FanfictionLove Me Like You Do (Season 2) Setelah Gempa pergi meninggalkan Halilintar sendirian, Halilintar mula bertekad untuk mencarinya semula. Dan dalam tidak sedar, sudah 4 tahun berlalu dan pencariannya masih belum berakhir. "Tapi Hali, apa yang kau nak...