Chap 4

925 83 14
                                    

"Goodmorning, Quake. How are you today?"

"Oh, hi Mrs. May! I'm good thanks! So... How many patients I should handle today?"

Seorang wanita penjaga kaunter tersenyum kepada Gempa sebelum dia memeriksa jadual tugasan Gempa yang sudah dicatat dan tertera di skrin komputer. Dia mengira dan membaca setiap jadual yang telah disusunkan untuk Gempa termasuk angka waktunya.

"It's not too much, my dear. Just around 6-7 patients are waiting for you today and most of all are around morning until noon hour. Do you have any problem to deal with today? If you are then I will arrange the post phone for you? "

"Nope. And thanks Mrs. May. "

"My pleasure. "

Gempa melemparkan senyuman manisnya yang terakhir sebelum dia mula melangkah untuk menuju ke arah ruang kerjanya.

Di dalam hospital di negara Eropah ini, setiap doktor psikologi mempunyai ruang mereka masing-masing yang sememangnya jauh berbeza dari negara Gempa punya. Ruangnya lebih luas dan selesa. Tidak lupa juga dengan barang serta perkakas yang lengkap diisi di dalam seperti kerusi sofa untuk digunakan oleh Gempa dan pesakitnya, kemudian meja dan kerusi kerja untuk Gempa melakukan kerjanya dan sebuah almari yang mempunyai berbagai-bagai jenis buku yang menarik dan pelbagai genre.

Di dalam bilik itu juga dilengkapkan lagi dengan 2 buah pendingin hawa di dalam bilik itu dan juga tandas yang khas untuk digunakan oleh Gempa. Tidak lupa juga dengan tingkap di dalam biliknya yang ditutupi dengan kain langsir yang cerah yang sedikit sebanyak menceriakan biliknya yang sejuk itu. Sudah wajar jika berada di dalam bidang psikologi, pastinya warna bilik hendaklah sesuai dengan emosi yang boleh menenangkan diri. Warna-warna lembut seperti warna peach, kuning muda dan sedikit warna gelap abu-abu seperti warna kelabu.

Bilik yang biasa-biasa tetapi amat selesa.

Yaya 🌼

Yaya, hari ni aku pergi jemput Taufan, ya?

Hari ni jadual aku tamat selepas waktu
tengah hari jadi biar aku yang ambil
Taufan.

Jadi kau tak perlu risaukan diri untuk
jemput Taufan, ya?

Gempa menyimpan semula telefonnya setelah dia selesai menghantarkan mesej kepada Yaya. Dia sudah tahu bahawa Yaya ingin sekali sentiasa meluangkan masa dengan Taufan. Tetapi dia juga khuatir jika gadis itu terlalu memaksakan dirinya untuk sentiasa mengganggap dirinya dan Taufan adalah tanggungjawabnya.

Bukan bermaksud tidak suka. Cuma Gempa sentiasa risaukan Yaya. Gempa sedar yang perwatakan Yaya terlalu amat melindunginya. Gempa amat menghargainya tetapi pada masa yang sama Gempa rasa serba salah. Yaya mungkin lebih muda dari Gempa tetapi Yaya juga perlu memikirkan tentang hidupnya juga.

"Haaa... Apa boleh buat? Salah aku juga dulu-"

"Excuse me, sir? Your patient is waiting outside. "

"Ah, yes! Ask him to come inside. "

Gempa kembali sedar dari fikirannya semula. Mengabai dan melupakan semua fikirannya tadi, Gempa pun mula fokus pada kerjanya.

•°•°•

Masih di hospital yang sama Gempa bekerja. Tetapi jam sekarang telah menunjukkan waktu pukul 1 tengah hari. Dan tepat pada waktu itu juga jadual Gempa telah tamat dan Gempa sudah boleh pulang lebih awal dari biasa.

Will You? [C]Where stories live. Discover now