Chap 60

714 67 7
                                    

Sudah 2 bulan berlalu sejak peristiwa itu, kini Gempa dapat menjalani kehidupannya dengan baik kerana setiap pagi harinya dia sudah tidak perlu menghadap 'morning sickness'nya lagi.

Tahun baru telah tiba dan sekarang masih lagi dalam musim sejuk. Gempa pula, telah masuk bulan ke 5 kehamilannya. Sudah jelas kelihatan perutnya yang berisi 2 malaikat kecil di dalamnya. Biarpun masih awal, tetapi kerana ia adalah kehamilan kembar, maka perut akan lebih cepat membesar.

"Kau kena mula jaga diet kau dah mulai sekarang, Gem. Banyakkan minum susu segar sebab ia banyak membantu kau. Sayur-sayuran pun jangan lupa makan. "

"Iya... Aku tahu lah Yaya. Kan kau selalu pesan benda ni waktu aku hamilkan Taufan dulu? "

"Aku tahu. Tapi aku tetap risau. Kau sekarang tengah bawa 2 orang. Bukan 1 orang. "

Gempa hanya mampu ketawa sahaja melihat tingkahlaku sepupunya yang cukup merisaukannya melebihi dirinya sendiri. Kini mereka sedang keluar dari klinik kesihatan kerana Gempa harus sentiasa mengikut jadual pemeriksaan kehamilan dan kesihatannya.

"Yaya, jom pergi sushi sebelum ambil Taufan? "

"Hah? Mana boleh! Orang mengandung tak boleh makan makanan mentah! "

"Alaa... Tapi aku nak! Kesian anak-anak aku dalam perut ni teringin nak makan sushi. Please Yaya... "

Gempa menggunakan wajah comelnya untuk membuatkan Yaya sejuk hati di atas permintaannya. Dan siapa lah Yaya yang boleh mengalahkan mata bulat Gempa itu? Mahu tidak mahu, akhirnya dia terpaksa mengalah.

'Haih... Untuk anak buat aku juga. '

•°•°•

Peanut Butter 🌰

Kitorang sudah sampai.

Ok.
Kalau macam tu kau bawa je
Hali ke rumah Gempa.

Kunci rumah aku dah letakkan
di bawah rak kasut dekat luar
rumah.

Roger! 👍

Yaya pun menutup semula telefonnya setelah dia selesai menjawab mesej daripada Nut.

Tanpa disangka dan di luar pengetahuan Halilintar dan Gempa, Yaya dan Nut dalam diam telah berpakat untuk membaikkan semula hubungan mereka. Padahal sebelum ini mereka telah melakukannya tetapi nampaknnya disebabkan perang dingin antara suami isteri itu berlaku, keadaan jadi tidak terkawal pula. Tambahan lagi Yaya dan Nut tidak tahu punca utama dan sebab kenapa Halilintar dan Gempa tiba-tiba bergaduh.

"Yaya, aku dah siap! Jom? Nanti Taufan tunggu pula. "

Yaya hanya menganggukkan kepalanya dan mengikuti Gempa dari belakang. Terdetik di dalam fikirannya untuk bertanya tentang perkara yang dia ingin bertanya sejak 2 bulan lalu. Bukan bermaksud Yaya tidak ingin bertanya. Tetapi disebabkan jadual kerjanya yang amat sibuk dan padat secara tiba-tiba telah membuatkan dia sering terlupa tentang soalan tersebut. Tambahan pula sifat Gempa yang tiba-tiba ceria membuatkan Yaya sering terleka dan terlupa yang sepupunya itu sedang berada dalam masalah rumahtangga.

Jadi memandangkan keadaan seperti nampak sesuai, apa salahnya jika Yaya mula bertindak?

"Uuhh... Gem? "

"Hm? Ada apa? "

Gempa menjawab biarpun pandangannya masih fokus ke dalam beg plastik yang dipegangnya yang berisi sushi di dalamnya. Lelaki itu sangat teruja dan tidak sabar untuk menikmati sushi yang telah dibelinya tadi.

Will You? [C]Where stories live. Discover now