Sudah seminggu berlalu sejak dari Gempa keluar daripada hospital. Banyak perkara telah terjadi dan apa yang dapat disimpulkan dari situasi di dalam rumah Gempa ialah, Halilintar dan Gempa masih tidak berbaik.
Sejujurnya Halilintar telah mencuba sehabis baik untuk mengambil kesempatan untuk memujuk dan berbincang dengan Gempa. Namun malang sekali, Gempa telah berubah 360 darjah berbeza dari yang dulu. Dan Halilintar sudah buntu dan patah hati. Sudah tidak terbilang berapa kali dalam 1 hari dia menangis dalam diam hanya disebabkan kata-kata Gempa yang semakin lama semakin melukai hatinya.
.
.
.
"Jangan dekat dengan aku! Jijik! "
.
"Apa kau nak? Boleh tak pergi jauh dari aku?"
.
"Kau tak bosan ke duduk sini? Kan lagi senang kalau kau pergi je. Aman hidup semua termasuk aku. "
.
"Jangan sesekali ganggu aku termasuk panggil aku bila waktu makan! Tahu-tahu lah aku bila nak makan! "
.
"Kenapa kau pegang barang aku?! Ada aku suruh ke?! "
.
"Jangan ganggu boleh tak?! Rimaslah! "
.
"Kau tak reti nak hidup berdikari ke? Tak nampak barang-barang dalam dapur ni dah nak habis? Engkau kalau nak hidup menumpang dekat sini tolong la serba sedikit! Takkan tu pun nak ajar?! "
.
.
.Dan banyak lagi kata-kata yang menyakitkan daripada Gempa sehingga Halilintar sendiri tidak mampu mengingatnya.
Sekiranya ditanya bagaimana dengan keadaan Taufan, entah bagaimana kanak-kanak itu langsung tidak tahu tentang situasi sebenar ibubapanya. Kanak-kanak polos itu langsung tidak tahu ibunya membenci ayahnya dan berharap agar mereka berpisah daripada menjadi sebuah keluarga yang bahagia. Kanak-kanak itu juga tidak tahu setiap malam ayahnya datang ke biliknya dan menangis dalam diam. Berdoa semoga dia tidak tahu tentang situasi teruk di dalam hubungan ibubapanya.
Adakah Taufan tahu ibunya sering memarahi ayahnya? Ajaibnya, tidak.
Gempa seperti tahu dan sedia maklum bila untuk marah dan diam sewaktu Taufan berada di bawah bumbung yang sama dengannya dan Halilintar. Mungkin kerana selama ini Gempa yang menjaga dan mengetahui Taufan lebih dalam, jadinya dia tahu waktu-waktu yang sesuai untuk mengelakkan anaknya tahu tentang masalah mereka.
Lagipun, Gempa sempat memberi peringatan atau lebih tepatnya berbunyi amaran kepada Halilintar mengenainya.
.
.
.
"Jangan sesekali sebut atau ungkit masalah ni depan-depan Taufan. Kalau dia tanya kenapa aku tak makan bersama, cakap je yang aku perlukan rehat lepas jaga adik-adik dia. Lepastu pandai-pandai kau lah bagi alasan apa dekat dia asalkan dia tak fikir apa-apa. And just for your information, he is smarter than you so you better watch your mouth. Siap kau kalau Taufan sebut apa-apa nanti! "
.
.
.Halilintar tidak dapat membantah atau berkata apa-apa. Tambahan pula, dia juga tidak mahu anaknya tahu tentang isu mereka berdua. Biarlah masalah mereka dan mereka sendiri yang selesaikannya.
•°•°•
Sekarang sudah pukul 3 pagi dan Halilintar masih belum memejamkan matanya. Di dalam bilik yang serba gelap dan hanya diterangi dengan sinaran bulan yang masuk melalui tingkap yang tidak ditutupkan dengan langsir itu, Halilintar duduk di penjuru katil sambil merenung layar telefonnya.
Kelihatan begitu banyak sekali panggilan-panggilan daripada syarikat-syarikat yang menelefonnya untuk meminta dirinya mempertimbangkan tentang tawaran-tawaran seperti lakonan, pengiklanan, menjadi model dan lain-lain. Tidak terkecuali juga dengan ajakan daripada rakan-rakan artistnya yang lain. Tetapi Halilintar mahu tidak mahu terpaksa menolak hampir kesemua tawaran tersebut kerana mengingatkan isteri dan anak-anaknya di rumah.
YOU ARE READING
Will You? [C]
FanfictionLove Me Like You Do (Season 2) Setelah Gempa pergi meninggalkan Halilintar sendirian, Halilintar mula bertekad untuk mencarinya semula. Dan dalam tidak sedar, sudah 4 tahun berlalu dan pencariannya masih belum berakhir. "Tapi Hali, apa yang kau nak...