Warning!
MC - Mature Content!
SW - Smut Warning!
ST - Sex Time!A/N: Memandangkan author dalam mood nak buat *beep* scene jadi author harap semua enjoy. Hahahaha ada sesiapa yang sangka tak akan ada scene *beep* dalam ni? Skkskssksksk
"Bye Mama! "
"Bye-bye! Have fun with Aunty Yaya! "
"I will! Love you! "
"Love you too! "
Gempa tersenyum ke arah Taufan sambil melambaikan tangannya kepada anaknya. Hatinya terasa seperti sedikit hiba kerana harus merelakan Taufan pergi bersama-sama Yaya buat sementara waktu untuk dia persiapkan kejutan ulang tahun anaknya itu. Gempa bercadang untuk membuat segala persiapan bersama-sama Taufan, tetapi perkara itu telah dilakukan oleh mereka tahun lepas. Takkan lah kena buat perkara yang sama? Biarlah anaknya mendapat memori kanak-kanak yang penuh dengan kejutan sedikit walaupun sekadar biasa-biasa sahaja.
Satu sahaja Gempa perasan tentang perasaannya, tak kiralah walaupun sudah banyak kali terjadi, tetapi hatinya tetap akan sedih kerana harus berpisah dengan Taufan. Walaupun hanya sementara.
Entahlah, mungkin sudah menjadi naluri Gempa sebagai seorang ibu untuk sentiasa dekat dengan anaknya.
Gempa menutup pintu rumah dan seterusnya menguncinya dari dalam. Satu helaan nafas keluar dari mulut Gempa apabila fikirannya mula memikirkan tentang segala aktiviti yang perlu dilakukannya.
'Mana aku nak mula...? Pergi beli hadiah dulu ke? Tapi aku sendiri pun tak tahu nak hadiahkan apa untuk Taufan. Biasanya dia akan minta apa-apa untuk dibelikan tapi budak tu nampak macam tak nak apa-apa saja...? Haih... '
Gempa memusingkan badannya kerana ingin naik ke tingkat atas, tetapi seluruh badannya serta-merta kaku dan tidak bergerak apabila dia ternampak Halilintar kini sedang berjalan turun dari tangga sambil sedang mengeringkan rambutnya yang basah kerana baru sahaja selesai mandi.
Tanpa mengenakan baju dan hanya memakai boxer yang menampakkan bentuk kaki Halilintar yang panjang dan menggoda.
"Oh? Diorang dah pergi? "
Lidah Gempa terasa seperti kelu tiba-tiba apabila dia disoal oleh Halilintar. Otaknya juga tiba-tiba menjadi kosong dan matanya pun langsung tidak memberikan kerjasama dengan melihat otot-otot badan Halilintar yang begitu tebal dan cantik bentuknya.
Halilintar berhenti dari melangkah apabila dia melihat isterinya itu langsung tidak menjawab persoalannya dan hanya diam di depan pintu. Dia pada awalnya berasa hairan dengan kenapa Gempa jadi diam tiba-tiba, namun selepas itu dia pun baru sedar akan sesuatu.
Halilintar tersenyum nakal dan mula berjalan mendekati Gempa yang hasilnya ia membuatkan Gempa baru tersedar dari lamunannya.
Dan belum sempat Gempa buat apa-apa, kedua belah tangan berotot Halilintar sudah berada di sisi Gempa dan memerangkap tubuh Gempa pada pintu.
Mata mereka berdua saling bertemu. Dan apa yang paling membuatkan Gempa kesal adalah bila dia melihat Halilintar sedang menjilat bibirnya sendiri dengan seksual.
"Like what you see, baby? "
Flush!
Wajah Gempa serta-merta bertukar kemerahan apabila dia mendengar suara dalam dan seksi Halilintar. Dia tidak pernah sangka bahawa Halilintar mampu menggunakan suaranya yang 'husky' itu dalam keadaan begini. Dan apa yang paling menyakitkan hati Gempa adalah dia begitu mudah sekali luluh dengannya.
YOU ARE READING
Will You? [C]
FanfictionLove Me Like You Do (Season 2) Setelah Gempa pergi meninggalkan Halilintar sendirian, Halilintar mula bertekad untuk mencarinya semula. Dan dalam tidak sedar, sudah 4 tahun berlalu dan pencariannya masih belum berakhir. "Tapi Hali, apa yang kau nak...