2 bulan telapun berlalu dengan pantas sekali. Kini, Halilintar hanya tinggal beberapa lagi babak yang perlu dilakonkan kerana sewaktu pengambaran yang sebelum ini, terdapat beberapa masalah teknikal yang terpaksa memanjangkan lagi tempoh pengambaran mereka. Tetapi Halilintar tidak mempersoalkannya mahupun membantah. Kerana sekurang-kurangnya dia dapat berlama-lama lagi dengan Gempa.
Dan apa yang lebih baiknya adalah, di sepanjang tempoh itu, Halilintar berjaya memperbaiki sedikit sebanyak keadaan antara dirinya dan Gempa. Agak sukar juga pada awalnya kerana Halilintar perlu menyesuaikan diri dengan sifat Gempa yang kadang-kadang baik dan kadang-kadang buruk. Tambahan pula Gempa sering mengalami morning sickness yang sering berlaku apabila Gempa hendak pergi ke kerja.
Tetapi Halilintar tidak terlalu mempedulikannya juga. Kan boleh jaga Gempa?
"Gem, kita pergi jumpa doktor, ya? "
Seperti sekarang, biarpun dia tahu dia sudah lewat untuk ke tempat pengambaran, Halilintar tetap berada di rumah untuk menemani Gempa dan menenangkan isterinya. Biarpun tidak banyak yang dia boleh lakukan selain daripada menepuk-nepuk belakang Gempa dan mengurut belakang badannya, tetapi Halilintar lega kerana sekurang-kurangnya dia dapat membantu menenangkan isterinya.
"Urgh.... No... I-ini perkara normal. "
"Normal apa bila Gem terus muntah-muntah macam ni? Tak ke ni nampak macam teruk? "
Gempa menggeleng lemah. Setelah selesai mencuci mulutnya, Gempa dipimpin oleh Halilintar untuk berjalan menunju ke ruang tamu.
"Tak. Awal-awal kehamilan memang macam ni. Biasanya 3-4 bulan perkara macam ni adalah normal. Tapi bila masuk ke bulan 4-5 semuanya akan kembali ke asal. "
"Habis takkan Gem kena hadap semua ni selama 4 bulan terus? "
Gempa menggeleng.
"Aku ada makan ubat untuk tahan mual juga. Cuma disebabkan aku tak nak biasakan badan aku dengan ubat, jadi aku tak kerap mengambilnya... "
Halilintar mendengus mendengar jawapan daripada Gempa. Dia pun dengan hati-hati terus meletakkan Gempa di atas sofa. Halilintar mengambil tempat di sebelah isterinya dan mula mengurut belakang lehernya untuk menenangkan badan isterinya yang kadang-kadang mudah kejang.
"Ahhh... Leganya... "
Halilintar tersenyum mendengar lenguhan kepuasan Gempa. Dia pun menarik badan Gempa untuk menyandar pada badannya dan mula mengurut bahunya.
"Abang risau betul. Kalau abang takde dengan Gempa sekarang, mesti Gempa akan lalui perkara macam ni seorang diri, kan? "
Gempa mengerling wajah suaminya yang memang jelas menampakkan kerisauannya.
"Tak perlu risau lah. Waktu mengandungkan Taufan pun perkara macam ni selalu terjadi. Jadi aku dah biasa... "
"Yaya takde ke? "
"Takkan lah aku nak bebankan dia pula? Mana mungkin aku akan panggil dia terus setiap pagi semata-mata nak tolong jagakan aku? "
Mendengar jawapan Gempa membuatkan Halilintar mengangguk faham. Tetapi ia tidak bermakna dia tenang. Hatinya kini dilanda rasa gundah gulana kerana memikirkan bagaimana keadaan Gempa sewaktu mengandungkan Taufan seorang diri.
Dengan keadaan dirinya yang tak terurus di negara orang, kemudian harus menyesuaikan diri tinggal di sini. Sudah tentu Gempa perlu bertahan kuat untuk meneruskan hidupnya.
"Maafkan abang... Kalaulah abang jumpa Gempa lebih awal... "
Gempa tidak ingin melihat wajah suaminya. Tetapi kerana mendengar kata-kata sedih lelaki itu telah membuatkan Gempa menjeling ke arahnya dan menghela nafas kesal.
YOU ARE READING
Will You? [C]
FanfictionLove Me Like You Do (Season 2) Setelah Gempa pergi meninggalkan Halilintar sendirian, Halilintar mula bertekad untuk mencarinya semula. Dan dalam tidak sedar, sudah 4 tahun berlalu dan pencariannya masih belum berakhir. "Tapi Hali, apa yang kau nak...