Chap 17

878 89 9
                                    

Gempa mula membuka kedua belah matanya dengan perlahan-lahan apabila dia kembali sedar daripada pengsannya. Perkara pertama yang Gempa dapat lihat setelah dia sedar adalah seluruh ruang yang sedang dia huni dipenuhi dengan warna yang serba putih.

"Argh... "

Seluruh badan Gempa terasa amat sakit apabila dia cuba menggerakkannya. Gempa ingin membetulkan posisinya sebelum tiba-tiba sebuah tangan menyentuh bahunya untuk meminta dia berhenti.

"Jangan gerak-gerak, Gem. Kau masih belum sembuh sepenuhnya. "

Suara itu, suara Yaya. Gempa menoleh ke sisi kirinya untuk melihat wajah sepupunya yang penuh dengan kerisauan itu. Wajah Gempa berkerut apabila dia melihat Yaya kini sedang mengenakan jubah doktornya.

"Kau bertugas ke..? "

Yaya tersenyum.

"Aku bertugas untuk menjaga kau saja. Kau pengsan tadi jadi kami cepat-cepat bawa kau ke hospital sini untuk dapatkan rawatan. "

"Kami...? Siapa? Kau dengan siapa? "

Yaya terdiam. Melihat wajah sepupunya yang seolah-olah bingung dengan apa yang sudaj terjadi.

"Kau... Lupa ke? "

"Argh.. "

Gempa sedikit meringis sakit apabila perutnya terasa begitu senak.

"Bukan semua... Aku cuma... Ingat tak ingat sebab apa aku ke sini. "

Yaya mengangguk faham. Dia pun menarik kerusi yang berada di sebelahnya lalu melabuhkan punggungnya di atasnya.

"Kau ingat yang kita pergi ke taman? "

Gempa terdiam sambil cuba memproses ingatannya.

"Ah, ya... Kita pergi jemput Taufan, kan? "

Yaya tersenyum lalu mengangguk.

"Lepastu kau ingat kau buat apa? "

"Uhmm... "

Gempa menatap ke siling bilik wadnya untuk memanggil kembali memorinya. Walaupun badan masih terasa sakit tapi dia perlu cari tahu puncanya. Naya jika dia hilang ingatan.

"Ah, aku dan Taufan pergi beli aiskrim. "

"Lepastu? "

"Uuhh... Aku... Aku tak ingat. Rasanya... Aku tiba-tiba lari dan tiba di sebuah lorong gelap. Ada... 2 orang lelaki asing tiba-tiba datang nak serang aku dan Taufan. Aku tak dapat nak lawan balik sebab aku pun dipukul. Lepastu... Eh? "

Yaya menatap ke arah sepupunya. Biarpun Gempa kini sedang mendiamkan diri, tetapi gadis itu seperti sudah dapat menduga apa yang sedang terlintas di dalam fikirannya.

"Lepastu..? "

Gempa mengerling ke arah Yaya buat seketika sebelum dia memejamkan matanya dan mendengus kecil.

"Aku... Aku bertemu dia. "

"Siapa? "

"Halilintar... "

"Apa dia buat? "

"Dia... Dia takde buat apa-apa. Melainkan... Melainkan dia datang dan selamatkan aku dan Taufan. "

Yaya mengangguk. Dalam diam dia menghela nafas lega. Dia dapat simpulkan bahawa Gempa tidak mengalami amnesia. Syukurlah. Kerana melihat dari keputusan makmal tadi, Yaya mendapati sepupunya menerima hentaman yang agak kuat di kepalanya. Tetapi selepas mendengar cerita Gempa, nampaknya sepupunya tiada apa-apa masalah.

"Kau masih ingat diri kau, Gem? "

Gempa mengangguk.

"Ya. Aku masih ingat. T-tapi... "

Will You? [C]Where stories live. Discover now