Chap 34

1K 80 60
                                    

Halilintar tiba ke set lakonan dengan keadaan wajah yang lesu dan tidak bermaya. Jika dilihat dari jauh, Halilintar langsung tidak ubah seperti roh yang berkeliaran di dunia tanpa arah tuju.

Nut, yang sedari tadi perasan akan tingkahlaku aneh artisnya itu pun mendekati Halilintar. Bahu Halilintar ditepuk lembut untuk menyedarkan lelaki itu dari dunianya.

"Hali? Kau ok? Kenapa aku tengok murung semacam je ni? "

Halilintar tidak menjawab. Sebaliknya dia hanya menggelengkan kepalanya dan terus beredar dari situ. Melihat perangai Halilintar yang jauh dari kebiasaan membuatkan hati Nut dilanda kerisauan.

"Ada sesuatu berlaku ke? "

Nut cuba untuk berfikiran positif buat masa sekarang. Nampaknya dia perlu menepikan terlebih dahulu tentang perasaannya yang ingin bertanya kepada Halilintar kerana memandangkan pengambaran akan berlangsung tidak lama lagi.

•°•°•

"Cut! Again! Hey, what's the matter with you?! "

Nut segera mendekati pengarah yang kelihatannya begitu marah sekali dengan lakonan Halilintar pada hari itu. Sungguh, siapa saja yang tidak perasan dengan tingkahlaku aneh Halilintar pada waktu itu? Segala pergerakannya kelihatan begitu lemah semacam, dialognya juga selalu tersekat dan terlupa, dan babak yang sama juga terpaksa diulang beberapa kali disebabkan Halilintar sahaja. Jadi memang tidak hairanlah pengarah lakonan begitu geram dengan Halilintar.

"Sorry, sir. "

"You've said that for damn freaking time before! What's wrong with you?! If you don't want to acting then quit! "

"Woah! Woah! Hold on, sir! Please, give him some times! He must be exhausted right now. Shall we take a rest for a while? "

Pengarah tadi menjeling ke arah Nut sekilas sebelum akhirnya dia menghela nafas dan mengangguk setuju.

"Rest for 20 minutes! "

Nut cepat-cepat menarik tangan Halilintar sejurus selepas kebenaran untuk rehat diterima. Nut membawa Halilintar sejauh yang boleh sementara kru set pengambaran mula sibuk melakukan tugas mereka.

Tidak jauh dari kawasan pengambaran, Nut pun melepaskan tangan Halilintar dan merenung lelaki itu dengan penuh tanda tanya.

"Hali, kau dah kenapa hari ni? Aku tanya tadi kau buat tak layan. Sekarang kau tengok? Tak pasal-pasal pengarah marah sebab kau main-main dalam lakonan! "

"..."

Halilintar masih setia menundukkan kepalanya. Tidak ingin menatap Nut mahupun berdepan dengan soalan yang bertubi-tubi daripada pengarahnya itu.

Nut mendengus kesal. Boleh naik darah tinggi bila bercakap dengan orang seperti Halilintar ni.

"Hali... Tolong lah jadi profesional sikit sekarang. Tolong beri kerjasama. Aku tahu mungkin ada sesuatu perkara berlaku di luar pengetahuan aku. But please, kau kena tolak benda tu semua ke tepi dan fokus pada kerja kau. Kau tak boleh macam ni tahu tak? "

Halilintar masih diam. Tapi ia tidak bermaksud yang dia mengabaikan segala kata-kata Nut tadi. Apa yang dikatakan oleh Nut diterima dengan baik oleh Halilintar. Tapi hanya saja, hati dan perasaan Halilintar seperti telah terbang ke lain.

Will You? [C]Where stories live. Discover now