Chap 51

840 83 29
                                    

Gempa berjalan keluar dari pintu rumah untuk membuka pintu pagar sebelum dia ingin mengeluarkan keretanya. Namun, sewaktu dia membuka pintu pagar, matanya menangkap susuk tubuh seseorang yang sedang berdiri di hadapan pintu pagar rumahnya.

"Sai? "

"Hi... Selamat pagi, Gempa. "

Gempa membuka pintu pagar rumahnya dan tersenyum lembut ke arah Sai. Sama seperti sewaktu mereka bertemu awal dahulu.

"Saya dah lama tak nampak Sai. Apa khabar? "

"Baik saja. Maafkan saya... Saya cuma... Sedikit segan untuk berjumpa dengan Gempa. Semenjak kejadian malam tu, saya rasa... Menyesal sebab buat Gempa marah."

Gempa menggelengkan kepalanya sambil tertawa kecil.

"Mana ada. Saya tidak terasa hati pun. Cuma saya sedikit terkejut. Tak sangka Sai akan berkata sebegitu. "

"Saya pun. Uuhh... Jadi.... Boleh kita berkawan semula? "

Gempa tersenyum mendengar pelawaan daripada Sai. Dia pun mendekati Sai dan menganggukkan kepalanya.

"Sudah tentu. "

Sai pun tersenyum bahagia. Perasaan lega mula menyapa dirinya apabila Gempa ingin menerimanya semula. Terus hilang perasaan serba salahnya kerana peristiwa sebelum ini.

Pin! Pin!

Gempa dan Sai menoleh ke arah bahu jalan dan melihat sebuah kereta mewah berwarna hitam berhenti berdekatan mereka. Tidak perlu lama menunggu, cermin kereta terbuka dan menampakkan wajah Nut dari arah pengemudi.

"Gempa! Hali mana? "

"Hali? Dia... Dia ada dekat dalam! "

"Ada dekat dalam? Dia dah bersiap ke belum? "

"Dah! Tadi dia tengah berbual dengan pengarah. Nanti dia mesti keluar. Nut tunggu kejap, ya? "

"Ok! "

Nut kembali menaikkan cermin kereta dan menunggu Halilintar untuk keluar dari rumah. Sementara itu, Gempa pun kembali menumpukan perhatiannya kepada Sai semula.

"Siapa tu? "

Sai memaksudkan kepada Nut.

"Oh, itu Nut. "

"Nut? "

Gempa tersenyum geli.

"Aneh kan? Tapi nama sebenar dia saya tak tahu. Apa yang saya tahu, kebanyakan orang memanggilnya Nut sahaja. Dia adalah manager Halilintar. "

"Oohh... Tapi kenapa dia datang ke sini? "

"Ah... Sebenarnya... Halilintar tinggal dengan saya. "

Mata Sai terbeliak. Dia sungguh tidak percaya. Bukankah Gempa mengatakan bahawa hubungan dia dan Halilintar kurang baik? Jadi mengapa tiba-tiba tinggal sebumbung?

"Oohh... Jadi kamu sudah berbaik dengan Halilintar? "

Gempa hanya menundukkan kepalanya sambil menggeleng kecil.

"Tak juga. Ah, apa-apa pun. Saya dah nak pergi kerja ni. "

"Oh, nak saya hantarkan? "

"Eh, takpelah Sai. Saya tak nak susahkan Sai. "

Sai tersenyum lembut kepada Gempa.

"Mana ada. Tak susah pun. Jom? "

Baru sahaja Gempa ingin membantah, tiba-tiba pula datang suara dingin muncul dari belakang Gempa.

Will You? [C]Where stories live. Discover now