A/N: Ok jadi ini adalah last extra chap from author sebab author dah takde idea dah nak kasi dekat korang. Harap-harap korang bersyukur lah ya? Mak author pesan tak baik tamak jadi meh la kita sama-sama bersyukur dengan apa yang ada. Tiber (*¯︶¯*)
Oh and by the way... Chapter extra kali ni author nak masukkan Taufan because... Sob I miss him (ノへ ̄、)
So enjoy!
Ini adalah bahagian di mana Halilintar dan Taufan hang out bersama! Let's gooo!
"Ok sekarang, Papa nak kamu ulang balik ejaan ni. "
Halilintar menunjukkan 2 huruf yang ditulisnya di dalam buku sambil melihat ke arah anak semata wayangnya itu dengan senyuman. Hari ini Halilintar dapat bermain bersama-sama dengan anak sulungnya dalam jangka waktu yang lama kerana isterinya iaitu Gempa perlu keluar untuk membeli barang keperluan dapur. Biarpun sudah dipujuk banyak kali untuk ikut bersama, tetapi Gempa tetap tegas dalam menghalang Halilintar dan Taufan ikut bersama. Lagipun tak mengapa. Yaya dan Nut ada untuk tolong tengokkan dan bawa barang untuk Gempa.
"E... Esh. Hmm... Esh? "
Halilintar tertawa kecil. Dia pun menggelengkan kepalanya dan mengusap kepala Taufan dengan lembut.
"Bukan. Ini adalah huruf S. Sebutan dia berbunyi, 'es'. Cuba tengok mulut dan lidah Papa. Es! "
Mata bulat Taufan berkelip-kelip melihat cara pergerakan mulut Halilintar dan mendengar bunyi sebutannya. Dia pun kemudiannya memuncungkan bibirnya dan melihat ke arah huruf berbentuk S itu semula.
"E... Esh. Esk! "
"Nope. Cuba lagi. "
"Est! "
"Haha! Sikit lagi! "
"Hnngg... Eeemm! "
Halilintar ketawa berdekah-dekah melihat muka merah anaknya yang sudah naik geram untuk belajar menyebut perkataan daripada huruf S tersebut. Dia kemudian menepuk bahu kecil Taufan dan memberikan isyarat untuk anaknya itu melihat wajahnya.
"Taufan ada belajar bunyi haiwan tak dekat school? "
"Mm! Ada! Ada! "
"Macam mana bunyi kucing? "
"Meow! "
"Pandai! Sekarang bunyi anjing pula? "
"Woof! Woof! "
"Bagus! Bunyi... Lembu? "
"Mooooooooo..! "
"Hahahaha! "
Halilintar kembali tertawa apabila dia melihat gaya anaknya dalam meniru gaya tanduk lembut sambil membuat bunyinya. Habis berkerut-kerut muka jadinya semata-mata nak kasi sama dengan haiwan bertanduk tersebut.
"Baiklah... Bunyi lebah pulak? "
"Bzzt! Bzzzt! "
"Pandai! Hmm... Bunyi... Ular? "
"Ssssstt! "
Halilintar menepuk-nepuk tangannya dengan bersemangat sambil tersenyum gembira ke arah Taufan.
"Wah! Hebatnya anak Papa! Cuba buat bunyi ular balik? "
"Ssssstt! Ssstt! "
"Wow! Baik sekarang cuba ikut Papa sebut apa. Eesss! "
"Eessshh! "
Halilintar hampir-hampir sahaja pitam dengan cara anaknya tiru bunyinya tadi. Adui, rupanya masih jauh perjalanannya, ya?
YOU ARE READING
Will You? [C]
FanfictionLove Me Like You Do (Season 2) Setelah Gempa pergi meninggalkan Halilintar sendirian, Halilintar mula bertekad untuk mencarinya semula. Dan dalam tidak sedar, sudah 4 tahun berlalu dan pencariannya masih belum berakhir. "Tapi Hali, apa yang kau nak...