Chap 128

872 54 5
                                    

"Hello, there! Have you make a reservation? "

"Yes. It's under the name of Thunderstorm. "

"Alright, let me check for a while. "

Halilintar mengangguk faham dan seketika tangannya dicuit oleh Gempa dari belakangnya. Halilintar menoleh dan melihat ke arah isterinya yang sedang memandangnya dengan wajah yang tidak dapat ditafsirkan.

"Ya, Gem? "

"Abang, kenapa abang tak cakap yang kita akan makan kat sini? "

"Kenapa? Gem tak suka makan kat sini ke? "

Gempa cepat-cepat menggeleng kepala dan seterusnya menundukkan pandangannya ke lantai.

"Cuma seingat saya yang tempat ni mahal. Kalau buat tempahan pun mahal. Takpe ke?"

Belum sempat Halilintar ingin menjawab, penyambut pelanggan tadi pun mula memotong.

"Alright, sir. Please let me bring you to your table. "

"Alright. Jom, Gem. "

Halilintar bersama-sama Gempa dan anak-anak mereka pun mengikut penyambut pelanggan tadi dalam keadaan yang senyap sehingga mereka tiba di meja mereka.

•°•°•

Sebaik sahaja tiba di tempat duduk mereka, Gempa meletakkan bayi kembarnya ke dalam troli khas yang dibawa oleh dia dan Halilintar di dalamnya. Dan memandangkan kembar tersebut telah mendapat susu yang cukup, jadi masing-masing tidak meragam dan hanya menatap wajah ibu bapa mereka dengan mata yang bersinar-sinar.

"Taufan nak makan apa? Meh, Papa tolong buatkan pesanan. "

"Hmm... Taufan nak salad buah ni boleh, Papa? "

"Boleh saja. Lagi? "

"Hmm... One carrot juice please? Hehe... "

"Sure, my son. Lagi? Kek atau spageti tak nak? "

"Taufan tak suka makan makanan camtu. Makan buah-buahan lagi sedap! "

Halilintar terpinga-pinga memandang anaknya sejurus selepas mendengar jawapan yang keluar dari mulut si cilik tersebut. Dia kemudian menoleh ke arah Gempa dan merenung isterinya seolah-olah mencari jawapan untuk persoalan di dalam kepalanya.

"Jangan pandang saya macam tu. Anak abang tu memang selalu makan buah bila makan kat luar. "

Gempa menjawab dengan bersahaja. Membuatkan Halilintar semakin berkerut mukanya.

"Are you sure? Kurus la anak kita nanti kalau tak makan daging. "

"He will eat it, don't worry. Just order anything. Lagipun manisan macam aiskrim apa semua dia masih makan. Cuma setiap kali keluar dia akan minta buah-buahan sebagai pelengkap makanannya. "

"Ah... I see. Well, nampaknya kamu ikut perangai Granpa Kaizo kamu, ya? "

Taufan hanya mampu tersengih-sengih gembira. Tidak tahu sama ada harus merasa segan atau gembira dengan pujian daripada ayahnya itu.

•°•°•

"Here's your order, sir. Enjoy! "

"Thanks. "

Gempa memandang pelayan-pelayan yang menghidangkan makanan untuknya dan keluarganya tadi berlalu pergi ke arah dapur semula untuk meneruskan tugas mereka. Sebaik sahaja melihat keadaan seperti baik, Gempa pun menoleh ke arah suaminya, Halilintar.

Will You? [C]Where stories live. Discover now