"Well... That was fucked up. "
Nut berkata seraya melihat ke arah Halilintar dengan penuh pandangan tidak percaya. Sejurus selepas sahaja Halilintar selesai dengan aktiviti lakonannya, Nut terus membawa Halilintar bersamanya untuk pergi makan malam di sebuah restoran yang sedikit tertutup. Tujuannya hanya 2; untuk mengelakkan Halilintar daripada mudah dilihat orang dan untuk memudahkan lagi mereka berbincang tentang isu yang sedang dihadapi oleh Halilintar.
Dan sebaik sahaja mereka selesai membuat pesanan, Nut pun tidak menunggu lama dan terus bertanya tentang keadaan Halilintar. Halilintar pula, nasib baiklah memberikan kerjasama yang baik dan menceritakan segalanya yang telah berlaku pada malam itu.
Sekarang di sinilah mereka, Halilintar masih dengan wajah murungnya manakala Nut pula sudah mati akal untuk memberikan reaksi bagaimana.
"Haahh... Sekarang, memang sah dia akan bencikan aku. Aku tau aku patut kawal diri aku semalam. Salah aku juga... "
"No. Bro, keadaan ni bukan salah kau sepenuhnya. Kau jadi mangsa keadaan. Kau cakap yang kau dah cuba untuk halang Gempa tapi macam yang kau cerita, Gempa dalam keadaan mabuk. Jadi mesti Gempa tak sedar apa yang dia buat. Kau tak beritahu dia ke tentang tu? "
Halilintar menggeleng sambil mendesah sedih.
"Aku terus keluar dari rumah tanpa beritahu dia. Aku tahu, lepas saja kitorang bertekak pagi tu dia takkan keluar dari bilik sebelum aku pergi. Jadi, aku pilih untuk keluar dan berikan ruang untuk dia berfikir."
Nut mengangguk setuju.
"Ok, that's a good thing you have done. Takpelah, berikan dia masa. Nanti bila dia dah bersedia kau cuba cakap elok-elok dengan dia. Mana tahu, dia akan terbuka semula? "
Kalau diikutkan mahu sahaja Halilintar tersenyum gembira dan memikirkan serta berharap agar kata-kata Nut itu akan menjadi kenyataan. Tapi segalanya terhalang dengan apa yang pernah Gempa katakan kepadanya sebelum ni.
"Tak... Aku tak rasa dia akan percayakan aku dah lepasni. "
"Huh? Apahal pula kau cakap macam tu? "
Halilintar menggigit bibirnya. Dia tahu, kalau dia ceritakan tentang ini Nut juga pasti akan marah padanya.
'Takpelah. Salah aku juga, kan? '
"Tadi pagi... Gempa ada tanya, yang aku pakai pelindung tak masa kitorang lakukan tu. "
"Ok? Dan kau jawab apa? "
Halilintar mencebik sedih.
"Aku jawab ya... "
Terlopong mulut Nut sejurus selepas mendengar jawapan Halilintar.
"What? Kenapa kau tak cakap yang kau tak pakai? "
"Tak boleh! Aku rasa aku kena tipu dia. Dan aku tak rasa ia salah sebab... Apa yang Gempa cakap dekat aku buatkan apa yang aku tipu itu adalah pilihan yang betul. "
"Bro, aku confuse sekarang. Boleh tak kau cerita perkara ni dengan baik? "
Halilintar mendengus kesal. Dia membetulkan posturnya dan merenung ke arah Nut dengan sabar. Huff, sabar jelah.
"Macam ni, tadi pagi Gempa dapat tahu yang kitorang buat benda tu. So dia terus datang dekat aku. You know, marah-marah bagai macam orang datang bulan. "
"Hush! Sempat kau kutuk isteri kau, ya? "
"Man talk. Ok, so lepastu dia tanya aku sama ada aku pakai pelindung ataupun tidak. Dan aku, mengikut firasat sendiri memilih untuk tipu dia dengan cakap 'Ya'.
YOU ARE READING
Will You? [C]
FanfictionLove Me Like You Do (Season 2) Setelah Gempa pergi meninggalkan Halilintar sendirian, Halilintar mula bertekad untuk mencarinya semula. Dan dalam tidak sedar, sudah 4 tahun berlalu dan pencariannya masih belum berakhir. "Tapi Hali, apa yang kau nak...