Chap 42

922 85 6
                                    

3 hari kemudian, Halilintar bersama-sama Nut dan Yaya kini sedang berkumpul di dalam bilik Halilintar untuk membantu lelaki itu mengemas barang-barangnya.

"Aku tak fahamlah... Kenapa korang tiba-tiba suruh aku kemas barang ni? "

Halilintar bertanya sambil memandang pelik ke arah 2 orang di hadapannya itu. Sementara itu kedua belah tangannya juga masih ligat bergerak melipat seluruh pakaiannya untuk dimasukkan ke dalam bagasi.

"Alah, kau ikut jelah. Ini untuk kebaikan kau juga sebenarnya. "

"Untuk kebaikan aku? Kau jangan bergurau Nut. Aku takde masa kalau kau nak main-main. Banyak lagi dialog yang aku kena hafal. "

Nut ketawa terkekeh-kekeh mendengar amaran Halilintar. Macamlah dia takut dengan amaran itu. Dan macamlah dia tidak kenal Halilintar. Untuk menghafal dialog hanya celah gigi sahaja bagi selebriti hebat itu. Jadi tidak perlu hairan bagaimana Halilintar boleh memenangi anugerah Pelakon Filem Terkenal seluruh Asia suatu ketika dahulu.

"Sudah siap ke belum? Aku nak sampai cepat ni. Nak buat medical check up pula. "

"Medical check up? Kenapa? Ada orang sakit ke? "

Yaya tersenyum sahaja mendengar soalan daripada Halilintar. Ada makna di sebalik senyumannya itu.

"Nanti kau tahulah. Dah, jom. Pakai topeng dan cermin mata cepat. Takut orang cam pula. "

Yaya berkata seraya berjalan keluar dari bilik hotel Halilintar untuk memberikan ruang kepada 2 orang lelaki tadi iaitu Nut dan Halilintar membawa keluar barang-barang Halilintar. Sambil-sambil menunggu, Yaya kembali membaca mesej yang dihantarkan oleh Gempa pagi tadi. Walaupun sudah berkali-kali dia membacanya, Yaya langsung tidak dapat menyembunyikan rasa terujanya.

Gempa  💎

Yaya

Aku rasa mual lah.
Pagi tadi aku muntah-muntah juga.

Kau takde syif kan hari ni?
Boleh tak datang dan periksa aku?

•°•°•

Gempa menyandarkan badannya ke arah kerusi sofa yang dia duduki. Hari ini entah kenapa dia rasa sedikit kelelahan daripada biasa.

Pagi tadi sewaktu hendak memasakkan sarapan kepada Taufan untuk dibawa ke sekolahnya, Gempa tiba-tiba terasa mual. Dia tidak dapat memuntahkan apa-apa kerana perutnya masih kosong. Selain itu, dia pun tiba-tiba terasa pening dan sakit kepala yang amat. Nasib baiklah MamaZila dapat membantunya menghantar Taufan ke sekolah.

Dan sekarang, selepas sahaja dia menghantarkan mesej kepada Yaya 3 jam yang lalu, dia hanya perlu menunggu sahaja ketibaan sepupunya itu untuk diperiksa ataupun dibawa ke klinik.

"Haaa... Apa yang tak kena dengan aku hari ni? Aku salah makan ke semalam? "

Gempa menundukkan kepalanya untuk melihat ke arah perutnya. Lama dia tenung perutnya sebelum tiba-tiba dia perasan akan sesuatu.

'Pelik... Kenapa perut aku tiba-tiba kembang semacam? Aku dah gemuk ke? '

Mengingat bahawa Gempa sentiasa menjaga pola makannya dengan baik, cepat-cepat dia menolak sebarang kemungkinan yang terlintas di dalam fikirannya.

'Tak. Tak. Gempa... Kau takde masalah. Kau mungkin cuma tersalah makan. Ya... Kau mesti tersalah makan saja. '

Gempa ingin menolak kenyataan yang mungkin ada sesuatu telah berlaku kepadanya. Tetapi entah kenapa ingatannya tiba-tiba mengimbas kembali akan perbualannya dengan Yaya beberapa minggu yang lalu.

Will You? [C]Where stories live. Discover now