Chap 58

636 65 23
                                    

Halilintar telah tiba di sebuah restoran yang begitu meriah kerana dipenuhi oleh para pelanggan yang datang untuk menikmati makan malam mereka di dalam restoran tersebut. Halilintar sedikit berasa lega kerana dia terlebih dahulu telah memakai topeng muka untuk menutup separuh daripada wajahnya supaya dirinya tidak kelihatan oleh para pelanggan yang ada. Jadi dengan langkah berhati-hati dan berwaspada, Halilintar pun mula membawa dirinya ke arah sebuah kawasan restoran yang sedikit tertutup dan tidak terlalu padat dengan pelanggan.

"You came! "

Kedengaran suara ceria Vivian muncul di dalam pendengaran Halilintar sebaik sahaja dia telah tiba di kawasan yang tidak terlalu ramai pelanggan tadi. Halilintar membalas lambaian gadis itu dan terus mendekati meja yang dia duduki.

"I'm sorry I'm late. "

"It's alright. I just came here 5 minutes ago. By the way, I haven't choose anything to eat yet. "

"Alright in that case, let's set the menu. "

Halilintar pun mengangkat tangannya untuk memanggil salah seorang pelayan untuk mengambil pesanan mereka.

•°•°•

Jam 9 malam. Gempa akhirnya telah sampai di rumahnya dan telah meletakkan Taufan di dalam biliknya untuk membiarkan anaknya yang sudah tertidur di dalam kerera menyambung tidurnya semula di dalam bilik. Setelah memastikan Taufan dapat tidur dengan lena, Gempa pun berjalan turun ke bawah semula untuk mengambil segelas minuman kosong sekadar untuk membasahi tekaknya.

Ding!

Kebetulan sebaik sahaja Gempa turun dari anak tangga terakhir, dia tiba-tiba mendapat mesej dari seseorang. Gempa menyeluk poket seluarnya dan mengeluarkan telefonnya dari poket tersebut.

"Huh? Kenapa Yaya hantar mesej malam-malam macam ni? "

Gempa melihat nama sepupunya yang tertera tersebut dan tanpa berfikir lama lagi dia pun membuka mesej itu untuk membacanya.

Yaya 🌸

Gem, sorry tau kalau aku
ganggu kau malam-malam
macam ni.

Aku cuma nak cakap yang Nut
ada pesan kepada aku untuk
tolong ingatkan suami kau yang
esok diorang akan naik kapal
terbang dan balik semula.

Jadi in case kau tengah
bersama-sama suami kau
sekarang tolong tanya dia yang
dia dah siap packing ke belum, ya?

Selamat malam.  💕

Gempa tersenyum kecil selepas membaca pesanan daripada sepupunya itu. Dia pun menutup kembali telefonnya dan menyambung perjalanannya ke dapur yang sempat tertunggak tadi.

'Halilintar akan balik esok...? Kenapa dia tak beritahu aku langsung? '

Terdetik di dalam hati Gempa apabila dia mengingat semula akan pesanan Yaya kepadanya mengenai Halilintar. Sungguh dia langsung tidak tahu apa-apa mengenai Halilintar dan jadual kerja suaminya itu. Apabila memikirkan perkara itu, serta-merta Gempa rasa kesal terhadap dirinya sendiri kerana dia merasakan bahawa dia telah menjadi isteri yang tidak berguna terhadap suaminya.

'Sedangkan Yaya boleh tahu semua tentang dia... Kenapa aku tidak? Atau dia memang tak nak kongsikan apa-apa tentang aku? Sebab.... Sebab dia dah bosan dengan aku?'

Will You? [C]Where stories live. Discover now