Chap 72

750 72 8
                                    

Hangat.

Itulah apa yang dapat dirasai oleh Halilintar sekarang. Dia rasa hangat dan selesa. Wajahnya dibelai dengan lembut oleh tangan seseorang dan tangannya juga turut digenggam oleh tangan yang lain juga.

Halilintar terasa seperti berada di awang-awangan. Dia rasa seperti sedang berbaring di atas sebuah tilam yang sangat empuk dan nyaman. Dan diselimuti dengan kain yang tebal dan selesa.

Halilintar berasa selamat dan tenang.

'Adakah aku sudah mati..? '

Itulah persoalan pertama yang terlintar di dalam fikiran Halilintar. Dia tidak tahu di mana dia sekarang kerana matanya masih terpejam walaupun dirinya sudah sedar dari dalamannya. Halilintar ingin membuka matanya dan melihat di mana dia berada. Banyak persoalan timbul di dalam benak fikirannya. Adakah dia sudah mati? Adakah dia akan berada di syurga? Adakah dia sempat meminta maaf kepada Gempa?

Ah, Gempa...

Bagaimana keadaan isterinya itu? Halilintar ingin melihat wajahnya. Halilintar ingin memeluk dan menciumnya. Adakah dia masih mempunyai kesempatan seperti itu?

"Halilintar? "

Suara itu.

Suara yang sentiasa dirinduinya.

Adakah itu suara Gempa?

"Halilintar, bangun! "

Suara itu semakin jelas kedengaran. Cahaya yang terang di sekeliling Halilintar terasa seperti mula malap dan kembali normal.

"Halilintar! "

"Ugh... "

Halilintar membuka kedua belah matanya dengan perlahan-lahan dan melihat keadaan di sekitarnya yang kelihatan tidak asing dari memorinya.

"Ahh... Sstt... "

Halilintar memejamkan matanya dengan rapat sebelum dengan perlahan-lahan dia membukanya semula. Pandangannya yang pada awalnya kabur mula menjadi semakin jelas. Dan perkara pertama yang dia lihat selepas sedar dari pengsan adalah wajah isterinya, Gempa.

"Gempa..? "

"Haa... Syukurlah. Yaya, Halilintar sudah sedar! "

Gempa ingin berdiri dari tempat duduknya tetapi tangannya terus ditahan oleh Halilintar. Halilintar menarik tangan Gempa untuk membuatkannya duduk semula di atas kerusi di sebelah katil yang dia sedang baring.

"Gempa... Abang nak minta maaf. Abang tahu silap abang tapi abang tak bermaksud nak-"

Gempa menutup mulut Halilintar dengan meletakkan satu jari telunjuknya di bibir suaminya. Halilintar memandang hairan ke arah Gempa tetapi Gempa pula hanya tersenyum biasa.

"Takpe. Nanti dulu. Simpan semua tu dulu dan berehatlah. "

Gempa melepaskan pegangan tangan Halilintar pada lengannya dan dia pun berdiri semula untuk keluar dari bilik.

Halilintar ditinggalkan oleh Gempa seorang diri di dalam biliknya. Dia tidak tahu harus bagaimana lagi. Badannya terlalu lemah untuk bergerak sekarang.

•°•°•

"Suhu badan dia masih panas. Jadi aku akan berikan ubat demam dan selesema kepada dia. Kalau tiada perubahan atau semakin teruk, aku sarankan untuk kau cepat-cepat bawa dia ke hospital. "

Yaya membuka stateskop yang dipakainya lalu digulungkannya untuk disimpan di dalam begnya semula. Gempa yang mendengar tentang arahan daripada Yaya tadi hanya mampu mengangguk akur dan faham sahaja tanpa sebarang soalan.

Will You? [C]Where stories live. Discover now