Chap 125

735 55 7
                                    

Halilintar berjalan turun dari tangga setelah dia selesai mandi. Jam sudah menunjukkan pukul 10.37 pagi dan dia ternampak yang isterinya kini sedang menemani anak-anak mereka di ruang tamu sambil membantu anak sulung mereka belajar dan tangannya juga sedang lincah memakaikan baju kepada yang kembar. Halilintar tersenyum lalu menelusuri jalan dari tangga ke ruang tamu untuk menghampiri keluarga kecilnya.

"Bayi kembar Papa dah bangun? "

Gempa menoleh ke arah Halilintar dan kemudiannya tersenyum. Halilintar mengambil salah seorang bayi kembarnya lalu mendukungnya dengan baik untuk dibawa berjalan-jalan sekeliling ruang tamu tersebut.

"Jangan dukung dia kerap sangat ya, Halilintar? Nanti takut dia terbiasa dan tak nak kena letak pula. "

"Oh, betul juga! Ok abang main dengan dia kejap, ya? Lepasni abang letak balik. "

Gempa mengangguk dan meneruskan aktivitinya dalam memakaikan pakaian bayi untuk kembar yang satu lagi. Sambil-sambil itu Gempa juga sedang memantau anak sulungnya iaitu Taufan yang kini sedang belajar membaca.

Sementara itu, Halilintar pula membawa anak kembarnya ke arah tingkap dan menjenguk ke arah luar. Hari ini cuaca sangat cerah dan tenang. Sewaktu dia tengok ramalan cuaca tadi nampaknya tiada sebarang cuaca buruk yang akan berlaku. Memandangkan musim sejuk sudah berakhir, maka ia bermaksud musim bunga akan datang tak lama lagi. Dan melihat salji yang semakin lama semakin cair di permukaan bangunan dan jalan membuatkan Halilintar terlintas akan sesuatu idea.

"Gem, ada plan apa-apa tak hari ni? "

Halilintar menoleh dan memandang ke arah isterinya yang sedang mengangkat tubuh bayi mereka untuk membetulkan baju yang dikenakannya. Gempa membalas tatapan Halilintar untuk seketika dan kemudiannya menggeleng.

"Rasanya takde. Memandangkan saya masih dalam tempoh awal pantang jadi cuti saya masih ada. "

"Oh... Tentang tu... Uhm... Gem tak terfikir ke nak berhenti? Sebab hari tu abang ada cakap kan pasal ni? "

Gempa mengangguk. Dia masih ingat akan perbincangan antara dia dan Halilintar sebelum ini perihal mengenai pekerjaannya sebagai seorang doktor psikologi. Sudah sering dia dengar yang Halilintar risau akan dirinya sebagai seorang lelaki carrier yang bekerja sebagai doktor. Bukan bermaksud untuk menghalang Gempa dari bekerja, tetapi melihat kes yang bahaya yang semakin kerap berlaku sekarang membuatkan Halilintar takut untuk membiarkan isterinya berada di luar pengawasannya yang terlalu lama.

"Saya sedang pertimbangkannya sekarang sebenarnya. Mungkin selepas sebulan saya bekerja saya akan betul-betul minta berhenti? Halilintar jangan risau, saya pun rasa ada baiknya saya berhenti demi anak-anak kita."

Halilintar tersenyum senang selepas mendengar jawapan isterinya.

"Good. Lagipun abang takde niat pun sebenarnya nak Gempa berhenti. Cuma... You know that I can afford our family more than enough, right? "

Mata mereka saling bertatapan dan tidak menunggu waktu yang lama Gempa mengangguk setuju mengenai ucapan Halilintar tadi.

"Yes, I know. Cuma... Sebelum ni saya terfikir yang mungkin kita takkan sehaluan lagi selepas ni. Tu yang saya berfikir dua tiga kali juga sama ada patut tak saya berhenti kerja."

"Gem... "

Halilintar berjalan mendekati isterinya sambil membawa anak mereka di pangkuannya. Diletakkan anak mereka dengan hati-hati di atas tilam bayi dan seterusnya Halilintar pun menatap Gempa dengan lama.

"I love you. Abang tak pernah terfikir untuk buat apa yang Gempa fikirkan tau? Please... Lepasni jangan fikirkan benda-benda macam tu dah? Kita mula hidup baru, ya? Abang betul-betul sayangkan Gempa. "

Will You? [C]Where stories live. Discover now