Chap 29

767 76 13
                                    

"Ok, Nut. Buat masa ni kita tengok apa dulu yang akan jadi. Lepastu baru kita mulakan rancangan. "

"Alright. Haaa... Aku harap semuanya akan berjalan dengan lancar. "

Yaya mengangguk setuju dengan kata-kata Nut tadi.

"Gempa agak sedikit keras kepala sekarang. Tapi takpe. Aku akan cuba pujuk dia. "

"I will trust you with that. "

Yaya tersenyum selepas mendengar ucapan Nut. Mereka berdua kini sedang berada di tempat letak kereta yang berdekatan dengan hospital Yaya.

"Baiklah, rasanya dah sampai masanya untuk aku ke rumah Gempa. Aku kena jemput Taufan dah ni. "

"Eh, kenapa? Gempa ada shift malam ke? "

Yaya menggeleng.

"Malam ni kawan dia buat majlis hari lahir. Jadi kawan dia jemput Gempa datang. Katanya dia buka bar kecil-kecilan jadi Gempa tak nak lah bawa Taufan ikut juga. Sebab tu dia suruh aku tolong jagakan Taufan. "

"Hmm... Pelik. "

Yaya melihat Nut dengan tanda tanya. Apa maksud Nut tadi?

"Apa yang pelik? "

Nut terdiam. Dia cuba memanggil semula memorinya. Rasa-rasanya dia seperti terlupakan sesuatu.

"Hmm... Aku rasa... Hali ada pergi ke rumah Gempa hari ni. "

"Halilintar ke rumah Gempa? Buat apa? "

"Katanya nak main dengan Taufan. "

"..."

Kini mereka berdua terdiam. Tiba-tiba rasa seperti timbul satu idea di dalam fikiran mereka masing-masing.

"Nut, kau fikir apa yang aku fikir? "

"Sebelum ni takde terfikir macam ni. But, yes. "

Nut dan Yaya saling berpandangan antara satu sama lain. Nampaknya mereka dapat menemui satu peluang.

•°•°•

"Pukul 7 nanti Yaya akan datang dan jemput Taufan. Kau boleh balik lepastu. "

"Tunggu, Gempa. Abang tak rasa yang Gempa perlu pergi. Nanti Gempa penat macam mana? "

Gempa memutarkan bola matanya apabila dia mendengar cadangan Halilintar. Lebih kepada arahan rasanya.

Gempa memusingkan badannya. Berpeluk tubuh dan merenung ke arah Halilintar dengan tajam.

"Excuse me? Aku yang buat keputusan untuk buat benda ni. Lantaklah aku penat ke apa. Bukan masalah kau pun, kan? "

Halilintar tergamam seketika. Sungguh dia rasa begitu sedih kerana Gempa, isterinya sudah berubah menjadi orang lain. Seolah-olah bukan diri Gempa yang dahulu. Yang lembut pertuturannya dan sopan. Gempa di hadapannya sekarang sungguh berbalik belakang.

"Gempa, tolong dengar cakap abang. Abang rasa tak sedap hati dengan perkara ni. Please dengar cakap abang dan jangan pergi majlis tu? "

"No? Aku tak nak ikut cakap kau! Apa masalah kau, hah? Kita dah buat deal, kan? So stop doing this! "

"Tapi abang suami Gempa! "

"Jadi ceraikan aku! Aku tak minta pun kau kekal jadi suami aku, datang dan cari aku dan control aku! Takde! Kau yang buat pilihan ni jadi kau hadap jelah! "

Will You? [C]Where stories live. Discover now