Chap 106

595 55 5
                                    

"Comelnya adik! "

Taufan memandang ke arah sepasang bayi lelaki kembar yang sedang tidur di atas tilam kecil di atas lantai dengan penuh teruja bercampur gembira. Mata bulatnya seolah-olah bersinar-sinar melihat wajah tidur adik-adiknya itu.

Gempa yang melihat reaksi Taufan sedikit sebanyak rasa gembira dan lega. Ini kerana berbeza dengan sesetengah kanak-kanak yang tidak bersedia ataupun tidak suka mempunyai ahli keluarga baharu, Taufan merupakan sebaliknya. Kanak-kanak itu jauh lebih gembira dan terbuka dalam menerima ahli keluarga baharu. Dan Gempa rasa cukup bersyukur kerana Taufan sama sekali tidak berasa sedih dengan kehadiran adik-adiknya.

"Wah...! Muka diorang sama! "

"Mestilah. Diorang kan kembar? Gempa, nama diorang apa? "

".... Blaze dan Ais. "

"Wah, menarik betul nama tu! Macam nama yang sesuai untuk mereka berdua! Pandai Gempa pilih nama! "

Gempa tersenyum simpul. Dia pun melirik ke arah kembarnya dan termenung seketika.

"Bukan Gempa yang beri nama dekat diorang. Halilintar yang berikan. "

MamaZila terdiam. Namun seketika kemudian dia pun tersenyum kecil. Tidak  ingin meneruskan topik perbualan tadi, MamaZila pun kembali fokus kepada melihat wajah bayi kembar yang masih lena tidur di atas tilam empuk mereka.

Pada masa yang sama, Halilintar yang baru selesai mengemas biliknya dan mandi, ternampak kehadiran tetamu sedang bertandang sewaktu dia sedang turun dari tangga. Oleh kerana rasa seperti biadap untuk beredar, Halilintar pun terus berjalan ke arah ruang tamu dan menyapa tetamu tersebut.

"MamaZila? Bila sampai? "

Mendengar kehadiran suara baru tetapi familiar di telinganya, MamaZila pun menoleh ke belakang dan melihat Halilintar yang sedang tersenyum ramah ke arahnya sambil memasang wajah yang masih sedikit terkejut.

"Halilintar rupanya. Mama dah sampai dari tadi lagi. Awalnya berniat nak hantar Taufan saja. Tapi alang-alang tu tengok la juga muka baby baru ni. "

Halilintar mengangguk kecil sebagai tanda faham. Seterusnya, dia pun melirik ke arah isterinya yang nampaknya langsung tidak menoleh atau memandang ke arahnya sama sekali. Halilintar mendesah kecil.

'What am I thinking? It is impossible to change just in 1 night. '

Tidak ingin berada di situ lama dan mengganggu perbualan antara Gempa dan MamaZila, Halilintar pun naik ke tingkat atas semula dan mengurung dirinya di dalam bilik sendirian. Pada masa yang sama, dia berharap agar MamaZila tidak akan perasan tentang 'hubungan dingin' antara dirinya dan Gempa.

•°•°•

"Mama harap kamu dapat sabar dan tahan dengan mereka nanti. "

MamaZila berjenaka sambil melangkah keluar dari pintu rumah Gempa dan diikuti rapat oleh Pipi. Taufan masih berada di dalam kerana katanya masih ingin melihat adik-adiknya sebelum mereka tidur tengah hari.

"Oh? MamaZila! Lama tak jumpa! "

Bunyi suara ceria dari seseorang yang tiba-tiba mengalihkan perhatian MamaZila dan Gempa. Mereka berdua, termasuk Pipi pun menoleh ke arah pemilik suara tersebut dan melihat Nut yang sedang masuk ke dalam perkarangan rumah Gempa sambil membimbit beberapa beg plastik dan beg-beg kecil lain.

"Wah, Nut! Lama Mama tak tengok kamu! Dari mana? "

"Oh, uuhh... Dari bandar. Beli barang sikit. Hali ada pesan suruh beli barang jadi itu yang tiba-tiba muncul ni. Hehe... "

Will You? [C]Where stories live. Discover now