Gempa tersedar dari lamunannya apabila dia tiba-tiba terdengar bunyi loceng rumahnya kedengaran. Dengan segera dia bangkit dari kerusi sofa dan ingin menuju ke arah pintu rumahnya, tetapi apabila sebaik sahaja dia berdiri, kepalanya tiba-tiba kembali diserang oleh rasa sakit.
'Ugh... Pening.. '
Ding dong!
Bunyi loceng sekali lagi kedengaran. Gempa menggelengkan kepalanya buat kesekian kalinya untuk menghilangkan rasa pening yang menguat di kepalanya. Sebaik sahaja dia merasa sedikit baik, dia terus berjalan ke arah pintu walaupun dalam keadaan terhuyung-hayang.
Gempa cuba menahan rasa peningnya untuk mencapai tombol pintu rumah, dan sebaik sahaja dia berjaya meraihnya, tombol pintu tersebut diputarkan dan dia pun membuka pintu.
Klik!
"Surprise!! Tengok siapa datang! "
Pandangan Gempa tiba-tiba sahaja dikejutkan dengan wajah Halilintar yang berada di hadapan muka pintu. Manakala di belakang Halilintar pula, berdirinya Yaya dan Nut yang hanya sekadar melambaikan tangan mereka tanpa muka bersalah.
"Uuhh... Hi? "
Sejurus sahaja Halilintar menyapa Gempa, lutut Gempa serta-merta menjadi lemah dan bola matanya pun naik ke atas. Apa yang dia ingat untuk kali terakhir ialah melihat wajah panik Halilintar, Yaya dan Nut sambil mereka memanggil namanya dan seterusnya segalanya menjadi gelap.
"GEMPA!! "
•°•°•
Gempa mengernyitkan dahinya apabila dia mula sedar dari pengsannya tadi. Dengan perlahan-lahan, walaupun kepalanya masih pening sedikit, Gempa membuka kedua belah matanya. Melihat kawasan sekitarnya sehinggalah dia dapat pastikan bahawa ternyata dia sedang berada di atas katil biliknya.
"Ahh... "
Gempa perlahan-lahan duduk dari baringnya di atas katil sambil memegang kepalanya yang masih berdenyut-denyut. Tetapi denyutan kali ini sudah berkurangan berbanding yang awal tadi.
Gempa melihat keadaan sekelilingnya. Hairan kerana bagaimana dia boleh berada di dalam biliknya. Apa yang sudah berlaku? Bagaimana dia boleh berada di sini? Siapa yang membawanya? Di mana yang lain? Bukankah Yaya, Nut dan Halilintar tadi datang? Banyak persoalan mula timbul di dalam kepala Gempa apabila ingatannya tentang peristiwa tadi semakin jelas diingatinya.
Gempa membuat keputusan untuk turun dari katilnya dan keluar dari biliknya. Mengerling jam penggera yang terdapat di sebelah katilnya, dia mendapati bahawa Taufan tidak lama lagi akan pulang. Mengingat bahawa anaknya yang masih berada di sekolah bakal dijemputnya, Gempa segera ingin bersiap-siap.
Baru sahaja Gempa hendak menuju ke bilik mandi, apabila rasa mual tiba-tiba menguasai dirinya.
'Urgh... Kenapa dengan aku ni? '
Gempa cukup tidak selesa dengan perubahan yang terjadi terhadap dirinya. Entah kenapa badannya tiba-tiba meragam dan sakit sana sini. Padahal Gempa yakin dia tidak memakan atau mengambil apa-apa perkara yang pelik sebelum ini.
Gempa tidak tenggelam lama di dalam fikirannya apabila dia tiba-tiba teringatkan sesuatu. Dia mengetap bibir bawahnya apabila dia seakan-akan teringatkan sesuatu yang kebiasaannya dialami oleh orang-orang sepertinya. Terutama apabila dia juga turut ingat tentang bagaimana dia mendapat tahu dia bakal memperoleh Taufan.
YOU ARE READING
Will You? [C]
FanficLove Me Like You Do (Season 2) Setelah Gempa pergi meninggalkan Halilintar sendirian, Halilintar mula bertekad untuk mencarinya semula. Dan dalam tidak sedar, sudah 4 tahun berlalu dan pencariannya masih belum berakhir. "Tapi Hali, apa yang kau nak...