Chap 121

664 59 12
                                    

Pada hari yang dijanjikan antara Gempa dan Nut, Gempa sudah mula bersiap-siap untuk keluar sebelum pandangannya terlihat akan Halilintar yang sedang berada di ruang tamu sambil sedang sibuk melayari internet di telefon pintarnya. Gempa memutarkan bola matanya malas. Jujur dia kalau boleh tak nak tengok muka Halilintar buat masa yang terdekat ini kerana setiap kali melihatnya, Gempa akan teringat akan situasi tempoh hari. Tapi pertemuannya dan Nut pada hari ini lebih penting, jadi mahu tak mahu dia lalu sahaja melepasi Halilintar tanpa mengucapkan sepatah kata.

"Gem? "

Langkah Gempa tidak terhenti sama sekali sewaktu dia terdengar suara Halilintar memanggilnya. Sewaktu dia sedang memakai kasut, tangannya tiba-tiba dipegang oleh Halilintar dari belakang yang membuatkannya terkejut lalu menepis tangannya dari Halilintar.

"Apahal pegang-pegang ni?! "

"Sorry... Tapi Gem nak ke mana? "

"Keluar. "

"Pergi mana? "

"Perlu ke untuk aku bagitahu kau? "

Halilintar nampak terkesan dengan balasan Gempa. Tapi dia cepat-cepat menghalau perasaannya untuk mengelakkan mereka daripada bergaduh.

"Gem, abang tak kisah kalau Gem nak keluar. Tapi sekurang-kurangnya bagitahu la abang. Lagipun Gem kan baru keluar dari hospital? Pantang pun baru je berapa hari. Nanti kalau sakit mana-mana macam mana? "

Gempa tertawa sinis selepas mendengar pencerahan daripada Halilintar. Sesekali dia memutarkan bola matanya menyampah sebelum dia membidas kenyataan Halilintar semula.

"Oh, baru sekarang kau nak peduli pasal aku, ya? Sebelum ni? Ada kau peduli? Takde pun kan? Jadi apa kata... Kau tak payah masuk campur! Faham? "

"Tergamak Gem cakap macam tu? Gem, abang ni suami Gempa! Itu hak abang untuk tahu Gem pergi mana, dengan siapa, buat apa dan bila! "

"Dan ini juga hak aku untuk bebas dari terperangkap dengan kau! What? You think I'm stupid? Halilintar that's enough! Berhenti pura-pura peduli tentang aku dengan perasaan palsu kau tu! Kalau kau takut sangat Daddy marah dekat kau sebab buat aku macam ni, kau tak payah risau. Aku sendiri akan cakap aku yang rela berpisah dengan kau sebab aku pun dah tak cintakan kau! "

Tanpa menghiraukan perasaan sedih dan kecewa di wajah Halilintar, Gempa pun memutarkan badannya dan terus keluar dari rumah. Bunyi hempasan pintu yang tertutup begitu kuat sekali sehingga ia membuatkan Blaze terbangun dari tidurnya di tingkat atas dan mula menangis. Halilintar yang tak sempat untuk mengejar Gempa pun terpaksa berputus asa dan segera mendapatkan Blaze untuk menenangkan anaknya.

Sementara itu, di luar rumah kelihatan Gempa berjalan ke arah pagar rumahnya dengan wajah yang menunduk ke bawah. Sengaja dia membuat hal demikian kerana dia tidak ingin sesiapapun melihat air matanya sekarang.

Ya. Gempa sedang menangis. Dia tidak percaya bahawa mulutnya boleh berkata perkara seperti itu terhadap Halilintar dan tanpa berfikir langsung tentang perasaan suaminya.

'Kenapa aku makin teruk ni...? '

Gempa duduk mencangkung di hadapan pintu pagarnya sambil melepaskan tangisannya. Dia betul-betul benci akan dirinya. Perasan kuat dan tabah sedangkan di dalam hatinya hanya Tuhan yang tahu betapa hancurnya dirinya.

•°•°•

"Maaf menunggu lama, Gempa. "

"Eh, takpe-takpe. Terima kasih sebab sudi datang, Nut. Saya tahu yang Nut mesti sibuk sekarang. "

Nut mengambil tempat duduknya di hadapan Gempa di sebuah kafe yang berada di pusat bandar itu. Dengan keberadaan mereka yang sedikit tersorok di penjuru kafe, tiada siapa pun yang tahu dan sedar akan kehadiran mereka di situ sebagai orang yang berhubung rapat dengan seorang artis terkenal dunia, Halilintar.

Will You? [C]Where stories live. Discover now