Chap 82 (🔞)

2.2K 72 7
                                    

Warning!

MC - Mature Content!

A/N: Akan ada hot scene sewaktu HaliGem sedang mandi. Why? Tak nak ke adengan mandi bersama mereka menjadi kenyataan? Uwu

"Haa... Baiklah. Itu saja barang terakhir abang. "

"Bilik sudah kosong? "

Halilintar mengangguk.

"Yup. "

"Baiklah. Sekarang baik kita bersiap cepat. Nah. "

"Huh? Apa ni? "

Halilintar memandang pelik ke arah tuala yang sedang dihulurkan oleh Gempa kepadanya. Dia semakin hairan apabila dia turut mendapati bahawa Gempa pun sedang memegang tualanya di tangan satu lagi.

"Uhmm... Tuala? "

"Abang tahu. Tapi kenapa bagi dekat abang? "

"Untuk mandi lah? "

"Oh... Ok. "

Halilintar mengambil kain tualan tersebut dan memusingkan badannya untuk kembali ke arah kawasan beg pakaiannya. Namun apabila dia menyedari bahawa Gempa sama sekali tidak berganjak dari tempatnya, dia memandang pelik.

"What? "

"Uhmm.. Tak nak mandi? "

"Oh. Gem mandi lah dulu. Abang akan tunggu. "

"No. Kita perlu cepat. "

"Jadi Gem mandi lah dulu. "

Gempa menggigit bibir bawahnya. Macam mana nak cakap, ya? Sebenarnya dia sangat malu sekarang untuk menyatakan apa yang sedang ada di dalam fikirannya. Ini kerana sekarang, dia berpendapat bahawa jika mereka ingin segera selesai bersiap, dia dan Halilintar perlu mandi sama-sama. Gempa tidak mahu Halilintar menggunakan bilik mandi yang terdapat di bilik tamu yang sebelum ini telah digunakan oleh Halilintar kerana dia tidak mahu mertuanya tahu tentang keadaan mereka.

Tapi masalahnya sekarang, macam mana dia nak beritahu Halilintar?

"Itu... Saya nak Halilintar cepat siap. "

"What? Gem... Sorry, tapi abang tak fahamlah. Kalau nak cepat, apa kata Gem mandi dulu? Abang boleh tunggu. "

Gempa menggelengkan kepalanya dan segera menghampiri Halilintar dan menarik bajunya. Wajahnya tertunduk kerana ingin menyembunyikan muka malunya itu daripada Halilintar.

"Itu... Apa kata... K-kita mandi sama-sama? "

Mata Halilintar berkelip berkali-kali sekejap. Tunggu. Dia tersilap dengar ke?

"A-apa..? "

"Mandi sama-sama. S-saya rasa ia lebih cepat sikit. ...kan? "

Gempa mencuri pandang ke arah Halilintar di hadapannya dan mendapati suaminya itu masih lagi sedang memandang ke arahnya dengan reaksi yang terkejut. Bagaimana tidak? Gempa sedang mengajaknya untuk mandi bersama-sama! Bukan bermaksud Halilintar tidak pernah melihat tubuh telanjang Gempa sebelum ini tapi...

"Wow! Ok! "

Sudah tentu Halilintar tidak mahu melepaskan peluang itu!

Dengan sekelip mata sahaja Halilintar sudah membuka seluruh baju dan seluarnya sehingga ia meninggalkan seluar pendek bersamanya. Halilintar sangat teruja sekarang. Dan tiada apa yang boleh menghalangnya daripada bersedia untuk mandi bersama Gempa!

"Alright! I'm ready."

"Uhmm.. "

Terkesima Gempa jadinya apabila dia dapat melihat bentuk tubuh Halilintar yang begitu menawan di hadapannya. Bermula dari bahu yang lebar dan mempunyai dada yang bidang. Rahang Halilintar juga kelihatan cukup tajam sempurna dan turut terbentuk sempurna tulang di atas dadanya yang membuatkan Gempa terliur untuk menciumnya.

Will You? [C]Where stories live. Discover now