Chap 7

842 87 15
                                    

Keesokan harinya, Gempa melepaskan beg kerjanya di atas kerusi sofa. Jam sudah menunjukkan pukul 7 malam. MamaZila sudah mengirimkan pesan kepadanya bahawa Taufan ingin menginap bersama-sama kakak kasangannya yang tidak lain dan tidak bukan sudah tentunya Pipi. Gempa tidak mempermasalahkannya. Malah dia rasa sedikit lega kerana sekurang-kurangnya dia tidak perlu penat-penat memasak untuk Taufan jika anaknya itu ada di rumah. Bukan kerana malas, tetapi Gempa memerlukan masa untuk berehat sekarang. Dan dia kenal dirinya. Jika Taufan ada, pastinya dia lebih rela berpanas di dapur walaupun dalam keadaan penat demi menyediakan sesudu nasi untuk anaknya yang sudah tentunya menunggunya sejak siang hari lagi. Jadi apabila Taufan tiada, dia rasa sedikit lega.

Riinngg~

Lamunan Gempa terhenti apabila dia tiba-tiba mendapat panggilan. Dengan malas dia merangkak untuk mendekati beg kerjanya, tempat dia meletakkan telefonnya, dan membukanya untuk menjawab panggilan tersebut.

"Helo? "

"Helo! Gem! Kau dah balik ke? "

"Hmm... Kenapa? "

"Kau dah bersiap? "

"Hah? Bersiap kenapa pula? "

Tiba-tiba Gempa terdengar helaan nafas Yaya dari hujung talian. Ya, yang menelefonnya itu adalah Yaya.

"Aduuhh.. Sepupu kesayangan aku sorang ni. Kau dah lupa ke yang kau dah sepakat dengan aku untuk pergi uruskan jual beli rumah yang kau nak tu? "

Gempa tergamam. Otaknya cuba untuk memproses akan maksud yang dikatakan oleh Yaya. Lalu matanya serta-merta membulat selepas dia terus teringat tentang keinginannya dalam ingin membeli sebuah rumah di tempat idamannya.

'Oh my God! Macam mana aku boleh lupa?!'

Gempa merutuk dirinya sendiri.

"Aahh.. B-baiklah. Kau tolong datang ambil aku ya?? Aku akan bersiap dalam 10 minit."

"Ok! "

Lalu selepas panggilan dimatikan, Gempa cepat-cepat bangun dari duduknya dan mula ke bilik untuk bersiap-siap. Segala rasa penat lelahnya terpaksa dia tolak ke tepi dan abaikannya terlebih dahulu. Ada sebuah rumah idamannya yang sedang menunggunya untuk dibeli. Dia berharap kali ini hasratnya untuk memiliki rumah itu tercapai!

•°•°•

"Welcome home, son! "

Ibu Halilintar menyambut kepulangan anaknya setelah sebaik sahaja Halilintar selesai berurusan dengan Nut. Satu perkara dari wanita itu yang dia  perasan ke atas anaknya, wajah Halilintar kelihatan sedikit resah.

"Hali? Kenapa? "

Halilintar menghentikan langkahnya setelah ibunya meletakkan sebelah tangannya di atas bahu Halilintar. Halilintar menoleh ke arah wajah ibunya. Dia pun perlahan-lahan menggelengkan kepalanya.

"Nothing much, Mommy... Cuma Halilintar baru saja dapat panggilan untuk menyertai sebuah lakonan untuk cerita baru. "

Wanita itu menghela nafas lega.

"Aaahh.. Mommy ingatkan kenapa. Tapi kenapa kamu masam macam ni? Tak biasanya kamu macam ni. Ada sesuatu yang kamu nak share dengan Mommy? "

Halilintar menggeleng. Dia tahu yang niat ibunya baik. Sejak berlakunya banyak kemalangan yang melibatkan kecuaian Kaizo dan isterinya, mereka berdua mula mengambil inisiatif untuk lebih peka terhadap anak mereka yang mana satu-satunya sekarang adalah Halilintar. Mereka tidak mahu melakukan kesilapan yang sama. Jadi, secara perlahan-lahan mereka ingin berubah untuk menjadi seorang ibubapa yang lebih baik untuk anak mereka.

Will You? [C]Where stories live. Discover now