Chap 94

641 66 24
                                    

Warning!

MC - Mature Content!

A/N: Ingatkan tak nak buat. Hmm... Tapi apa salahnya buat, kan? ヽ(´▽`)/ Laki bini jugak.

"Haaa... "

"Baiklah, itu yang terakhir. "

Gempa berjalan menghampiri Halilintar dan menepuk bahu suaminya sambil tersenyum.

"Terima kasih sebab sudi tolong angkat barang saya. "

Melihat senyuman manis daripada Gempa serta-merta ia membuatkan wajah Halilintar kemerahan. Dia pun mengalihkan wajahnya ke arah lain dan menggaru-garu belakang lehernya yang tidak gatal.

"T-takde apa... Lagipun dah jadi tugas abang, kan? "

Gempa tertawa melihat wajah malu-malu Halilintar. Dia pasti akan merindui wajah itu selama 1 minggu ini.

"Gempa, ada apa-apa lagi yang kau nak minta tolong? "

Wajah Yaya muncul di sebalik pintu wad milik Gempa sambil sebelah tangannya memimpin tangan kecil Taufan. Kanak-kanak itu melepaskan tangannya dari pegangan Yaya lalu terus datang dekat ke arah Gempa.

"Mama, Taufan akan rindu Mama...! "

Gempa memeluk tubuh anaknya dan mengusap-usap belakang tubuh kecil itu sambil tersenyum.

"Mama pun. Nanti behave ya dengan Papa? Jangan susahkan Papa dan Aunty Yaya. "

Taufan cepat-cepat menganggukkan kepalanya. Matanya berkaca-kaca kerana cuba menahan air mata keluar.

"Taufan janji... Akan jadi good boy! "

Gempa pun menarik tubuh Taufan lalu memberikan pelukan yang hangat kepada anak sulungnya itu. Manakala Halilintar dan Yaya pula hanya memandang ke arah ibu-anak itu sambil tersenyum.

Halilintar menoleh ke arah Yaya. Yang mana gadis itu juga turut membalas pandangannya. Mereka berdua kekal begitu buat sementara sebelum akhirnya mereka mengalihkan pandangan masing-masing ke arah lain.

•°•°•

"Ok, Gempa. Walaupun abang rasa macam nak duduk sini dan teman Gempa lama lagi... Tapi nampaknya masa tak membenarkan pula. "

Gempa tersenyum mendengar keluhan suaminya. Dia mengerling ke arah Taufan yang kini sedang tidur lena di atas kerusi sofa. Penat bermain dengan Mamanya tadi sampai tertidur.

Gempa menarik tangan Halilintar dan kedua belah tangannya pun melingkar di pinggang Halilintar. Gempa memeluk Halilintar dan menatap wajah suaminya dengan wajahnya yang sedikit kemerahan. Malu kerana jarak wajahnya dan Halilintar yang begitu dekat itu.

"Gem...? "

Jantung Halilintar berdegup kencang melihat wajah manis isterinya itu. Apa yang dia buat di kehidupannya yang sebelum ini sehingga dia boleh dapat isteri yang manis seperti Gempa?

"Halilintar... "

"Hm? "

"I'll miss you. "

'Fuuuuccckkk! '

Bersemu merah wajah Halilintar jadinya selepas mendengar kata-kata yang keluar dari mulut isterinya tadi. Tiba-tiba rasa seperti harga dirinya ingin dicampak keluar dan dia nak pergi peluk Gempa sekarang.

Will You? [C]Where stories live. Discover now