Chap 20

867 81 7
                                    

"Mama! Mama! Wake up! Wake up! "

Taufan melompat-lompat di atas katil Gempa sambil cuba mengejutkan ibunya. Entah apa yang membuatkan kanak-kanak itu begitu teruja tiada siapa pun tahu. Tetapi apa yang jelas di situ adalah tidur Gempa mula terganggu apabila katilnya mula bergerak-gerak dan suara Taufan mula memecah masuk ke dalam mimpi indahnya.

"Hnnn... Taufan... Mama want to sleep.. "

"Nooo! No shleep! Mama must wake up! Cook breakfast! And we will play! "

"Play..? Kamu nak main apa pagi-pagi, hm?"

Biarpun perasaan mengantuk masih menguasai dirinya, tetapi Gempa tidak mahu mengecewakan anaknya. Jadi dia dengan kadar yang terpaksa cuba membuka matanya dan duduk dari baringnya.

Taufan berhenti daripada sesi melompat dan duduk di atas kedua belah paha ibunya. Kedua belah tangan kecilnya mula mencuit-cuit pipi tembam ibunya yang gebu itu.

"Mama promised me to play! "

"Yeah.. I know, honey. Tapi mana ada orang main pagi-pagi macam ni. "

"Oh..? Sho... Can we cook? "

"Cook? "

Taufan mengangguk.

"I want help Mama cook! Can I? "

Gempa memandang wajah semangat anaknya. Tidak lama kemudian dia pun mengangguk setuju dan mengusap kepala Taufan dengan lembut.

"Yep. You can help me. "

"Yaaayy!! Now come on, Mama! Let's cook!"

Gempa tertawa kecil mendengar suara teruja anaknya. Dia pun mendukung tubuh Taufan dan turun dari katil.

"Kita boleh masak. Tapi mula-mula kita kena mandi dulu. Nak mandi dengan Mama? "

"Naaakk! "

"Alright, let's go! "

Lalu 2 beranak itu pun masuk ke dalam bilik mandi yang terdapat di dalam bilik Gempa dan memulakan hari mereka dengan gelak tawa bersama.

•°•°•

Halilintar berjalan mendekati Nut yang kini sedang menikmati spageti yang disediakan di dalam restoran hotel. Dia menarik kerusi yang berada bertentangan dengan Nut lalu melabuhkan punggungnya di atas kerusi mewah tersebut.

"Hari ni dah mula shooting, kan? "

Nut mengangguk setelah dia mendapati orang yang bertanya itu adalah Halilintar.

"Siap pukul berapa? "

"Actually bukannya shooting sepenuhnya juga. Kau kena ikut pengarah filem tu ke beberapa tempat lokasi lakonan kau. Dan dekat situ dia akan terangkan tentang scene yang kau kena buat. Ada aksi sikit. Tapi umm... Tahan lah dengan badan kau yang berketul-ketul tu, kan? "

Halilintar memutarkan bola matanya setelah dia mendengar ucapan sinis dan nakal daripada Nut. Dia sendiri tidak faham, manager-nya seorang ini memang suka cari peluang untuk mengusiknya. Nak kata Halilintar pernah buat jahat dekat dia dulu rasanya tidak. Sebab Halilintar yakin yang dia sentiasa baik kepada orang ramai. Hm, yakinnya kamu!

"Suka hatilah, Nut. Aku nak gerak dulu. Daripada tunggu kau yang entah bila nak habis makan ni tak tahulah. Mungkin sampai berjanggut kot? Ok, aku cau dulu. "

"Ish, kurang asam betul punya Hali! Sedap je perli aku! Susah senang cari aku jugak! "

Nut melihat Halilintar berjalan meninggalkannya sendirian di dalam restoran yang mewah itu. Dan baru sahaja Nut ingin meneruskan sesi makannya, tiba-tiba dia mendapat sebuah mesej. Tidak perlu menunggu lama, Nut pun terus mengeluarkan telefonnya dari dalam poket seluarnya dan membaca mesej yang dikirim dan nama si pengirim.

Will You? [C]Where stories live. Discover now