Chap 99

543 61 14
                                    

Gempa sudah tidak dapat berfikir dengan waras. Sejujurnya sekarang dia sudah tidak dapat untuk berfikir dengan tenang. Sehingga dia mula mempersoalkan kenapa Tuhan sering mempermainkan dirinya seperti ini. Kenapa Tuhan suka mengujinya. Dimanakah salah dia? Dimanakah dosa dia? Gempa tidak tahu. Sedangkan setiap hari Gempa berdoa kepada Tuhan agar hidupnya akan sentiasa aman sejahtera dan dilindungi, jadi kenapa? Kenapa situasi yang sedang berlaku di hadapannya sekarang bertolak belakang sekali?

Gempa sudah keluar dari hospital dengan jayanya dalam lebih kurang 20 minit lalu. Dengan susah payah sedang membawa kembar di dalam kandungannya, dan ditambah sekadar memakai baju yang nipis untuk mengelakkan dirinya dijejak oleh sesiapa yang mengenalinya di dalam hospital sewaktu dia sedang melarikan diri.

Di dalam dia sedang bersusah-payah untuk mencari kelibat Halilintar, fikirannya tidak kunjung berhenti dalam memikirkan sebab-sebab dan segala macam pertanyaan tentang tingkahlaku suaminya itu dalam masa terdekat ini.

'Kenapa dia dah betul-betul jarang datang melawat aku? Dia dapat tawaran kerja baru ke? Kalau betul kenapa aku tak dapat sebarang berita daripada dia ataupun Nut? Yaya pun sama. Macam mana dengan keadaan Taufan? Tak mungkin Taufan akan lupa kalau aku takde bersama diorang. Diorang lupa ke yang tak lama lagi aku akan bersalin? Atau mereka sebenarnya sedang sediakan kejutan? '

Mustahil untuk persoalan terakhir itu dilakukan oleh mereka. Kerana Gempa tahu, Halilintar dan Yaya tidak terlalu akrab. Kalau ya pun mungkin akan ada Nut sebagai orang tengah. Macam mana Gempa boleh yakin tentang itu adalah kerana sejak dari awal lagi Yaya sudah bagitahu yang dia tidak suka akan Halilintar. Malah sepupunya itu sering memberikan layanan dingin kepada Halilintar. Terutama selepas dia mendapat tahu tentang apa yang Halilintar dah buat kepadanya sewaktu awal perkahwinan dulu.

Jadi mustahil, kan?

•°•°•

Sakit. Sakit yang sangat perit.

Itulah apa yang Gempa dapat rasakan sekarang. Hatinya seolah-olah seperti direnyuk dan dipotong mentah dengan kejam sekali.

"What is this...? "

Gempa bermonolog kecil. Matanya membutang dan menatap kaku ke arah situasi di hadapannya.

Beberapa minit yang lalu, Gempa telah tiba di hadapan sebuah bangunan yang serupa dengan yang ada di dalam gambar yang dihantar oleh nombor misteri tadi. Walaupun fikirannya cuba sehabis baik untuk tetap berfikir positif dan menganggap foto itu hanya perangkap semata-mata, tetapi hatinya telah membawanya ke sini. Untuk melihat segalanya dengan mata kepalanya sendiri.

Ah, seandainya dia sedang memegang benda yang tajam sekarang, mahu saja Gempa mencukil matanya keluar. Dia ingin sekali menjadi orang yang buta sekarang. Atau mungkin menjadi orang yang bodoh dan tidak mempunyai sebarang perasaan akan setiap nasib malang yang sering menimpa hidupnya.

Seperti yang tidak pernah dia fikirkan, kini sedang berdirinya 2 susuk tubuh yang amat dia kenali sedang berada dekat antara satu sama lain. Orang yang selama ini dia percayai dan paling rapat kini sedang berada di dalam dakapan orang yang paling dia cintai.

'Tengoklah mereka, Gempa. Dekat dan rapat sekali. Tiada orang ketiga bersama-sama mereka mahupun yang lain. Hanya mereka berdua.

Lihatlah Halilintar. Orang yang selama ni kau cintai semula. Orang yang selama ni kau cuba untuk terima dirinya semula, sekali lagi dah hancurkan hati kau yang sudah rapuh. Kesian, kan? Perasaan kau dipermainkan begitu saja macam sampah.

Will You? [C]Where stories live. Discover now