🎉 Extra Chap! 🎉

455 52 1
                                    

A/N: Satu lagi chapter extra sebab author mengidam nak buat Gempa terus simping pada Halilintar. ( ^∇^)

Ini bahagian Halilintar dan Gempa sudah berbaik. Mungkin beberapa hari selepas mereka sambut ulangtahun Taufan. Dan sebelum Gempa masuk hospital. Let's go!






Hari ini adalah hari Sabtu. Gempa telah memilih untuk meluangkan hari hujung minggunya dengan tenang dan menolak jauh segala kepenatan dan kelelahannya dalam bekerja sebelum ini. Walaupun dia tidak terlalu aktif dalam bekerja disebabkan oleh dirinya yang sedang sarat mengandung, tetapi itu tidak bermaksud dia tidak akan pergi ke kerja. Dia masih tetap pergi (walaupun sering dihalang Halilintar) dan lakukan tugasnya sebaiknya. Tetapi maklumlah orang sedang mengandung, tambahan pula sedang bawa kembar, jadi tahap penat tu akan terlebih sedikit. Jadinya hari minggu sebegini Gempa ingin mengisinya dengan aktiviti yang penuh dengan ketenangan dan kurang bergerak.

Memandangkan Taufan telah keluar dan pergi ke rumah MamaZila untuk bermain dengan Pipi, maka tinggallah Gempa sendirian untuk melayan 'me time'nya dengan tenang.

Sambil-sambil sedang menonton dan menukar rancangan yang ditayangkan di televisyen, fikiran Gempa mula melayang pada pekara yang berlaku pada dewan sidang media lalu. Dalam diam Gempa tidak sangka yang ternyata kepopularan Halilintar boleh membawa kekecohan besar jika dia tersilap langkah. Tetapi mujurlah Halilintar dibantu oleh banyak orang-orang yang baik seperti Nut dan Vivian untuk menyelesaikan situasi. Dan hubungan antara Halilintar dan Vivian juga nampaknya semakin baik dan Vivian juga seperti sudah dapat membuang perasaannya pada Halilintar. Gempa akui, Vivian adalah gadis yang baik dan sudah tentu ramai yang ingin bersamanya. Dia juga rasa serba salah kerana sempat membenci Vivian sedangkan gadis itu tidak tahu akan status Halilintar.

'Let bygone be bygone. Sekarang semuanya dah damai. Jadi aku rasa baik aku tak payah fikirkannya. '

Jari Gempa terus terhenti seiring dengan fikirannya apabila dia ternampak wajah suaminya tiba-tiba muncul di kaca televisyen.

"The news was really give a turn to all over the world. "

"Yes, it is. And I'm so sorry for keep it a secret for such a long time too. I don't want to make my precious family especially my wife shocked if all the world knows his existence. "

'Ah, betul juga. Halilintar kata yang hari ni dia kena pergi ke salah satu stesyen TV sebab nak umum lebih lanjut tentang pernikahan kitorang. '

Gempa faham apa yang dimaksudkan oleh Halilintar sebentar tadi. Biarpun dia baru sahaja menonton rancangan tersebut tapi dia faham tentang penjelasan Halilintar.

Bagi sesetengah orang, mereka berfikir tidak salah untuk menyebarkan status perkahwinan artist. Ditambah pula dengan wajah pasangan mereka. Tetapi untuk sesetengah keadaan, ada baiknya untuk tak perlu lakukannya. Kerana mungkin ia boleh membawa perubahan yang besar kepada pasangan artist tersebut. Terutama kalau mereka awalnya hanya rakyat biasa. Tambahan pula, di situasi Halilintar dan Gempa, hubungan mereka belum baik pada waktu dahulu. Jadi Halilintar telah memberi alasan yang baik untuk menutup sejarah hitam mereka berdua di awal perkahwinan dahulu.

"As expected Mr. Thunderstorm. Your wife is so lucky to have you as his husband. Would you like to tell all over the world, the beautiful side in your wife who has won your heart? "

Senyuman Halilintar semakin mekar dan lebar. Membuatkan para penonton yang hadir dan pengacara televisyen turut terpesona. Hebat sekali isteri Halilintar. Memikirkan dan sekadar menyebut namanya sahaja sudah membuatkan Halilintar sebegini bahagia.

Pada masa yang sama, Gempa yang menonton rancangan tersebut turut terpesona dengan senyuman Halilintar. Sehingga dia tidak sedar bahawa wajahnya sudah tersipu malu.

Will You? [C]Where stories live. Discover now