Chap 37

822 78 57
                                    

Gempa benci.

Sangat benci akan kehadiran dia di rumahnya.

Dan jika terdapat sesiapa yang menganggap bahawa Gempa sudah memaafkan Halilintar semuanya hanyalah angan-angan sahaja. Gempa masih tidak dapat melupakan apa yang telah Halilintar lakukan kepadanya. Pada malam itu.

"Jadi? Boleh beritahu aku apa yang kau nak? "

Sejujurnya Halilintar hairan dengan apa yang sedang Gempa fikirkan. Dia tidak faham.

'Bukan ke tadi elok je dia bergurau dengan aku? Sekarang? Kenapa bunyi dingin balik? '

Halilintar terpaksa menahan dirinya daripada ingin bertanya tentang perkara itu. Untuk sementara sahaja.

"Uhmm... Jadi, abang sebenarnya datang sebab nak bincang sesuatu dengan Gempa."

"Tentang apa? "

"Tentang... Kita? "

Wajah Gempa berubah. Jelas menunjukkan bahawa dia kurang suka dengan pernyataan itu.

"Apa lagi yang tak jelas? Hali, keadaan kita sekarang memang sudah jelas sekarang. Aku dan kau dah takde apa-apa. Dah takde makna. Kita berdua... Cuma tunggu masa untuk berpisah saja! "

Halilintar mendengus kesal dalam diam. Lihatlah, belum apa-apa Gempa sudah mula menaikkan suaranya. Padahal niat Halilintar datang adalah kerana dia ingin berbincang dengan baik bersama-sama Gempa. Terutama sekali dia perlu menjelaskan tentang perkara yang telah berlaku pada malam itu.

"Gempa, abang tahu yang mungkin bagi Gempa kita dah takde harapan. Tapi... Gempa pernah terfikir tak? Macam mana keadaan anak kita, Taufan? Taufan membesar tanpa ayahnya di sisi. "

"Aku ada untuk dia. Kehadiran aku sudah cukup. Dan aku juga dapat menampung segala keperluan dia. "

"Gempa, kasih sayang ibu dan ayah adalah berbeza! Memang Gempa rasa apa yang Gempa dah lakukan tu sudah cukup tapi kenyataan tidak! Tolonglah dengar cakap abang! "

Gempa menjeling ke arah Halilintar dengan pandangan benci. Seolah-olah dia begitu tidak terima dengan seluruh perkataan yang keluar dari mulut lelaki yang masih bergeral suaminya itu.

"Excuse me? Kau siapa yang nak faham Taufan? Kau jaga dia ke selama ni? "

"Abang cakap berdasarkan pengalaman, Gempa. Gempa sudah lupa? Abang pun membesar tanpa kasih sayang yang sebenarnya! Bukan sahaja tiada kasih sayang dari ibubapa tapi juga dari orang yang abang sayang! Gempa dah lupa ke!? "

Gempa terkedu di tempatnya apabila Halilintar mula memanggil kembali akan memori zaman silam suaminya itu. Mana mungkin Gempa lupa? Sebab kenapa Halilintar menjadi sadis dan kejam.

Kerana tiada kasih sayang dan perhatian daripada orang yang dia sayangi.

Ya. Bukan sahaja dari kedua ibubapanya. Tetapi juga daripada abangnya mahupun kekasihnya.

"Abang tak nak Taufan merasai apa yang abang pernah rasa dulu, Gem. Tolonglah faham perasaan seorang kanak-kanak yang membesar tanpa kasih sayang yang sebenarnya! Apa guna kalau Taufan membesar tapi dia tidak tahu yang ternyata ayah dia masih hidup? Bila-bila masa sahaja dia akan tahu kebenarannya..."

Gempa menggelengkan kepalanya menidakkan kata-kata Halilintar. Kata-kata yang terkahir itu adalah yang paling dia tidak ingin dengari.

"Tidak. Aku tak nak kita kembali bersama. "

"Gempa, please! Turunkan ego Gempa! Kita boleh cuba-"

"No!! Aku tak nak! Kau tak faham lagi ke?! "

Will You? [C]Where stories live. Discover now