Keesokan harinya, Gempa bangun dengan keadaan yang segar seperti baru sahaja telah menikmati tidur yang nyaman dalam tempoh waktu yang lama. Kelopak matanya perlahan-lahan terbuka dan menangkap cahaya mentari pagi yang cerah masuk ke dalam ruang bilik yang sedang dia tidur sekarang.
"Hnnnggh..! "
Gempa menggeliat kecil dan menguap sedikit apabila kesedaran mula menguasai dirinya. Pada awalnya dia ingin bangun, tetapi sebaik sahaja dia bergerak, tiba-tiba badannya terasa seperti dipeluk oleh sesuatu.
Gempa melirik ke bawah dan melihat ke arah perutnya yang sedang ditutupi dengan kain selimut. Seketika matanya membulat besar apabila dia mendapati bahawa terdapat sebuah tangan yang asing sedang memeluk tubuhnya dari belakang. Fikiran Gempa sudah mula takut dan melayang memikirkan bahawa mungkin ada pencuri yang telah masuk ke dalam rumahnya dan-
'Apa yang kau fikirkan ni, Gempa?!! '
Gempa menampar wajahnya di dalam fikirannya sendiri. Dia harus bertenang dan berfikir waras! Mana ada orang yang nak lakukan perkara itu dengan orang yang sedang mengandung seperti Gempa!
Bila bercakap tentang perkara itu, ingatan Gempa pun terus kembali akan peristiwa semalam. Ah, Gempa sudah ingat.
Malam semalam, di saat semua orang sedang menikmati tidur mereka dengan lena, Gempa bukan menjadi salah seorang seperti mereka. Sebaliknya, Gempa telah meluangkan masa yang sangat manis dengan seseorang.
Halilintar.
Gempa perlahan-lahan memusingkan kepalanya ke belakang dan menjelingkan matanya ke sisi untuk melihat Halilintar yang kini masih lagi sedang lena dibuai mimpi. Gempa tersenyum melihat wajah comel suaminya yang ternyata hampir mirip dengan wajah anak pertama mereka, Taufan.
'Cute. '
Gempa mengangkat sedikit tangan Halilintar yang sedang memeluknya dengan hati-hati dan terus menukar posisi tidurnya daripada membelakangi Halilintar, menjadi tidur berhadapan dengannya. Gempa sama sekali tidak berniat untuk segera bangun biarpun tubuhnya masih tidak mengenakan apa-apa pakaian dan badannya sedikit melekit kerana peluh dan cecair asing yang melekat padanya.
Gempa mendekatkan wajahnya pada wajah Halilintar dan mengambil peluang untuk merenung seketika bentuk wajah suaminya itu. Gempa baru sedar, rupanya Halilintar mempunyai bulu mata yang panjang. Keningnya juga tidak terlalu lebat dan tidak terlalu nipis tetapi bentuknya sudah sama seperti ia dilukis. Padahal Gempa yakin 100% yang ia sama sekali tidak dicukur atau dibentuk.
Gempa melirik ke bahagian wajah Halil yang bawah pula. Di situ dia dapat melihat bentuk hidung Halilintar yang kelihatan sedikit mancung dan licin tanpa sebarang tompok-tompok hitam di atasnya. Di atas dan bawah bibir Halilintar juga tiada sebarang tanda bekas misai ataupun janggut. Memang definisi wajah yang begitu licin dan menawan. Selain itu, Gempa juga ternampak bahawa terdapat satu titik tahi lalat di bawah bibir Halilintar. Betul-betul di bawah bibir dan bersembunyi di sana. Jika dilihat melalui jarak wajah mereka yang cukup dekat ini baru Gempa dapat melihatnya dengan baik.
'Waahh... Muka dia memang full package! Betul-betul real ke ni? '
Gempa ingin sekali menyentuh wajah Halilintar untuk merasai kelembutan wajah suaminya seperti yang difikirkannya. Biasanya jika disentuh sendiri, ia akan menjadi lebih dari luar jangkaan fikiran. Tetapi Gempa tidak mahu mengejutkan Halilintar. Semalam mereka tidur entah pada pukul berapa. Mungkin Halilintar masih penat.
Jadi apa yang Gempa boleh lakukan sekarang hanyalah merenung sahaja wajah tampan suaminya itu. Rasanya dia tidak akan jemu jika melihatnya dengan lama.
"Best tengok muka abang? "
"H-huh?! "
Halilintar membuka kedua belah matanya dan melihat Gempa dengan senyuman. Wajah Gempa menjadi pucat kerana ternyata dia tertangkap basah oleh Halilintar kerana telah merenung wajah suaminya itu lama-lama.
YOU ARE READING
Will You? [C]
FanfictionLove Me Like You Do (Season 2) Setelah Gempa pergi meninggalkan Halilintar sendirian, Halilintar mula bertekad untuk mencarinya semula. Dan dalam tidak sedar, sudah 4 tahun berlalu dan pencariannya masih belum berakhir. "Tapi Hali, apa yang kau nak...