Chap 91

632 71 16
                                    

"Greetings everyone. Nice to meet you. I guess I shouldn't have to tell you guys the reason of why I want all of you to come here, right?

So, let's not waste time anymore and let me finish this matter already. "

Gempa memandang sahaja Halilintar yang sedang berwajah serius itu. Sungguh itulah pertama kalinya dia melihat pandangan Halilintar yang baginya cukup tajam dan dingin. Jauh berbeza dari pandangan yang biasanya diberikan kepadanya. Pandangan yang sentiasa hangat dan menenangkan dirinya.

Tetapi sekarang pandangan itu seolah-olah tiba-tiba hilang dan ghaib entah ke mana. Menggantikan pandangan yang langsung tidak dia kenali.

"About the news, especially about Vivian and I, actually we have NOTHING. Absolutely nothing. I repeat it again, we have nothing. Other than just a good actors who were used to worked together in one drama or movie. That's all. "

"Then how about the picture which the fan caught you kissed Vivian? "

"Well... Actually it was a mistake. No. Not a mistake. We just bid our goodbye. As you know that our work was finally done to become a pair together in our drama, so Vivian and I agreed to bid our goodbye in that way. But it has nothing to do with any special relationship. That's all. "

Kedengaran desas-desus kembali berbunyi selepas Halilintar memberikan penerangannya di dalam sidang media. Gempa sudah mula naik gugup. Dia tahu, tentang isu Halilintar dan Vivian, Halilintar terpaksa memalsukan perkara yang sebenar kerana Halilintar tidak ingin memburukkan nama Vivian. Tetapi malangnya, ia akan semakin meningkatkan isu tanda tanya tentang hubungan Halilintar dan Vivian.

Gempa berasa resah. Dia yang menjadi saksi dalam adengan isu itu akan tetapi malangnya dia tidak dapat membantu apa-apa. Kalau dia beritahu pun, apa yang dia boleh cakap? Sedangkan awal-awal lagi dia sudah berlalu pergi dan tidak menyaksikan segalanya sehingga habis. Apa yang dia boleh buat? Hatinya sungguh sakit selepas melihat keadaan seperti itu sehingga dia tidak berfikir panjang dan terus pergi dari situ.

Sedangkan Gempa yang melihatnya merasakan seperti seolah-olah ada perkara yang berlaku antara Halilintar dan Vivian. Inikan pula mereka yang tidak mengetahui perkara yang sebenar. Tambahan pula Halilintar juga tidak menafikan bahawa gambar itu palsu. Jadi? Macam mana?

"Wait! "

Serta-merta semua mata menoleh dan memandang ke arah pintu masuk dewan sidang media. Di muka pintu, terserlah wajah Vivian lengkap dengan cermin mata hitamnya.

Semua jurukamera menghalakan kamera mereka ke arah muka pintu dan masing-masing mula menangkap gambar Vivian sebanyak yang boleh. Pastinya mereka teruja dan bertambah ingin tahu akan sebab kenapa Vivian tiba-tiba datang ke sidang media sewaktu mereka sedang berbincang tentang isu dirinya dan Halilintar. Ditambah pula kedua pelakon ini adalah pelakon antarabangsa yang terkenal di mata dunia. Sudah tentu semakin ramai yang ingin tahu segalanya.

Dengan managernya di sisi, Vivian berjalan mendekati tempat yang sedang Halilintar, Gempa, Taufan dan Nut duduki. Sebaik sahaja tiba, cermin mata hitamnya dibuka dan Vivian memandang tepat ke arah Gempa.

Gempa menelan ludahnya dengan gugup. Di dalam hatinya dia tertanya-tanya akan banyak perkara.

'Apahal dia pandang aku macam tu? Aku kenal dia ke? Atau dia kenal aku?

Tunggu, dia ni kan yang cium Halilintar hari tu? Dia datang nak mengaku yang dia dan Halilintar ni couple ke?!

Eehhh! Tak boleh pikir macam tu, Gempa! Kau kena percayakan Halilintar!

Tapi tapi tapi! Apehal dia pandang aku macam tu?! Tok Abaaaaa!! Gempa takuuuutttt!! '

"Who are you to Thunderstorm? "

Will You? [C]Where stories live. Discover now