"Woaaahhh!! Mama look!! Roller coaster!! Can we ride it?? "
"No, honey... Kamu masih kecil! "
Taufan memuncungkan bibirnya saking kecewanya dia kerana tidak dapat menaiki salah satu permainan di taman tema yang terkenal di mulut semua orang. Roller coaster. Taufan sangat ingin menaikinya tetapi dia sedar bahawa dia masih belum cukup umur. Jangankan tidak cukup umur, dia juga terlalu pendek untuk menaikinya!
"Alaa... Kenapa Taufan kecil..? "
Taufan mencebik sedih. Melihat telatah comel daripada anaknya itu membuatkan Gempa tertawa kecil. Tingkah laku Taufan tidak ubah seperti Gempa sewaktu kecil dahulu. Mana tidak tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi?
"Takpe, Taufan. Uncle tahu satu permainan yang Taufan boleh main! "
Sai mendekati Taufan lalu mencuit pipi gebu kanak-kanak itu untuk menarik perhatiannya.
"Huh? Betul ke uncle?? "
"Yep! Tapi dengan syarat tau! "
"S-syarat apa?? "
"Kamu kena kasi uncle pandu. Boleh? "
"Pandu...? Kita akan naik kereta ke? "
"Yep! "
"Macam kereta Mama? "
"Yes! "
Mata Taufan pun mula bersinar. Mendengar akan sebuah kenderaan yang selama ini dia sukai akan dia naiki bersama orang dewasa kesayangan baharunya dan berdua sahaja, Taufan tidak tahu bagaimana lagi yang boleh dia katakan untuk menzahirkan rasa gembira dan terujanya.
"Naaakk!! Mama! Mama! Boleh Taufan naik kereta dengan Uncle Shai?? "
Gempa pada awalnya agak sedikit ragu-ragu. Tetapi sebaik sahaja dia melihat wajah teruja anaknya dan wajah tenang Sai, dia pun berubah fikiran. Dia rasa ada eloknya jika Taufan juga mula berkenalan dengan lebih rapat bersama Sai. Kan Sai sudah menjadi jiran mereka?
"Hm, baiklah. Tapi kamu kena janji dengan Mama yang kamu tak boleh nakal, ya? Jangan susahkan Uncle Sai! Boleh? "
"Hm! I pwomish! "
"Good boy! "
Gempa mengusap kepala Taufan sambil tersenyum senang. Manakala Taufan pula, dengan senang hati kemudiannya mengikut Sai untuk menuju ke arah kawasan kereta yang dimaksudkan oleh Sai bersama-sama. Meninggalkan Gempa yang membuat keputusan untuk tidak mengikuti mereka berdua kerana ingin meluangkan masa sendirian di kawasan yang ramai dan ceria itu.
"Hmm... Mungkin aku boleh jalan-jalan dan tengok permainan apa yang boleh aku main?"
Gempa bermonolog sendirian sambil mula melangkah beredar dari tempat dia berdiri tadi. Mata mula melilau-lilau untuk melihat pelbagai jenis permainan yang menarik yang boleh dicuba.
•°•°•
"Helo? Nut? Kau dah belikan tiket untuk aku? "
"Yes, bos! And... Kalau tak silap jadual kita adalah... Mmm.. Esok? "
"Hah? Esok? Bukan lambat lagi ke? "
"Yes! But unfortunately company sebelah 'sana' nak awal sikit. Sebab... Yelah. Tak nak musim sejuk, kan? Kau faham-faham lah negara diorang tahap mana sejuknya?"
Halilintar mendengus kecil. Inilah salah satu sebabnya kadang-kadang dia sedikit malas untuk bekerjasama dengan syarikat luar. Sentiasa ingin lebih berkuasa daripada orang lain. Mentang-mentang syarikat yang terkenal.
YOU ARE READING
Will You? [C]
FanfictionLove Me Like You Do (Season 2) Setelah Gempa pergi meninggalkan Halilintar sendirian, Halilintar mula bertekad untuk mencarinya semula. Dan dalam tidak sedar, sudah 4 tahun berlalu dan pencariannya masih belum berakhir. "Tapi Hali, apa yang kau nak...