Chap 56

678 70 2
                                    

"Hali. "

Halilintar menoleh ke belakang di saat Nut tiba-tiba memanggilnya sejurus selepas sahaja tamatnya pengambaran. Jam telah menunjukkan pukul 6 petang, jadi ramai pekerja-pekerja yang sudah selesai tugasnya mula bersiap-siap untuk pulang ke rumah mereka sebelum malam menjelma.

"Hari Selasa ni kita akan balik. Jadi kau dah kemas-kemas ke belum baju kau? "

Kening Halilintar tiba-tiba berkerut bila dengar pertanyaan Nut. Balik?

"Balik? Balik ke mana? "

"Balik negara asal lah! Kau dah lupa ke yang kita datang sini ni sebab kerja? "

"Eh, tapi aku tak tinggal sini ke? "

"Nak tinggal sini buat apa? "

"Jaga bini dan anak aku? "

Gulungan kertas yang ada di tangan Nut terus melayang naik ke atas kepala Halilintar.

"Aduh! Apahal kau pukul aku? "

"Jaga tengkorak kau! Kita kena balik dulu lah! Settlekan beberapa kerja dulu! Mana boleh ikut suka hati kau je nak tinggal dekat sini atau tak. Tadi pun kau nyaris-nyaris untuk kena hambat keluar sebab datang lambat kalau aku tak pujuk tuan pengarah dulu! Kau patut berterima kasih dekat aku!

Lagipun kau kena ingat, banyak lagi benda yang kau nak kena settle dulu! Bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian! Faham?!"

Halilintar mencebik kesal sambil memutarkan bola matanya menyampah. Dia paling benci apabila dileter sebegitu oleh Nut. Tapi apa boleh buat? Dia juga yang nak Nut kekal menjadi managernya.

"Tsk! Yelah... Yelah... Tapi lepas settle kerja tu semua kita datang sini lagi tau! Aku nak luangkan musim sejuk dengan isteri dan anak-anak aku. "

Kali ini Nut pula yang memutarkan bola matanya malas.

"Yelah... Orang mabuk bercinta memang tak boleh nak buat apa dah. "

"Eleh, cemburu cakaplah. Maklumlah single katakan? Hahahaha! "

Ingin sahaja Nut mencarik-carik mulut Halilintar yang sudah celupar seperti tiada insurans itu. Tetapi dia terpaksa menahannya. Kalau bukan kerana muka Halilintar yang menjadi aset utama popularitinya, sudah tentu Nut akan selamkan wajah lelaki itu ke dalam larutan asid.

•°•°•

"Hi, Thunderstorm. "

Vivian berjalan menghampiri Halilintar sambil melambai lembut ke arahnya. Halilintar pula, yang sedang sibuk menikmati air kegemarannya hanya tersenyum nipis dan membalas lambaian gadis itu.

"So, our job is finally over today isn't? Aahh... Time flew by really fast, right? I was having lots of fun to work with you! "

"Yeah. Same here. But it can't help, right? At least it give us a chance to know each other better."

"Yeah, you're right. Say... Can we have a drink later? Maybe this night? Before you fly to your country back? "

Halilintar hanya diam tidak berkata apa-apa. Sebenarnya kalau diikutkan hati dia sudah tentu boleh sahaja menerima pelawaan tersebut. Tetapi Halilintar juga sebenarnya sudah bertekad untuk berhenti minum dan keluar malam-malam. Lagi-lagi bila dia tengah nak buktikan Gempa bahawa dia sudah berubah. Tambahan pula dia sudah ada keluarga dan bakal menerima ahli yang baharu. Halilintar tak nak memburukkan lagi keadaan.

"Uuhh... Sorry, Vivian. But I can't. Actually I stopped drink years ago. "

"Ooh... I'm sorry about that. Umm.. Then how about I treat you a dinner? "

Will You? [C]Where stories live. Discover now