Chap 68

649 62 8
                                    

Halilintar melangkah keluar melalui pintu bilik mandi apabila sebaik sahaja dia selesai mandi dan membersihkan dirinya. Dengan menggunakan kain tuala yang ada di atas bahunya, Halilintar mula mengeringkan rambutnya dan berjalan menuju ke arah katil.

Riiinng
Riingg

Bunyi suara deringan telefon memecah keheningan di dalam bilik. Halilintar melilau mencari di manakah tempat keberadaan telefonnya sebelum dia ternampak yang ianya berada di atas sebuah meja berdekatan dengannya. Tidak membuang masa lagi, Halilintar pun terus berjalan mendekati meja tersebut dan mencapai telefonnya untuk melihat nama si pemanggil tersebut.

'Nut? Apahal call aku? '

Kerana ingin tahu, Halilintar pun menjawab panggilan tersebut.

"Yo. "

"Ah, helo Hali! Sorry woy ganggu kau. "

"Takpe. Ha, apahal call aku ni? "

Halilintar berjalan mendekati katil dan mengambil tempat duduk di kawasan bucu katil sambil terus mendengar ucapan Nut.

"Macam ni. Aku tadi dapat mesej dari sebuah syarikat international yang ada dekat sini. Diorang ada ajak kau untuk lakukan promosi iklan untuk produk diorang. "

"Promosi iklan..? Nak iklan produk apa? "

"Produk baju dan beberapa alatan elektrik je. Kan tak lama lagi nak habis dah musim sejuk. Tambahan pula musim bunga pun akan masuk. Jadi kau faham-faham lah akan ada ramai yang nak cari model untuk produk diorang. "

"Ouuhh... Betul juga. Tapi apahal aku? "

"Tanya pulak? Kau tak sedar ke yang kau masih terkenal sekarang? Aduii... Kau ni pun!"

Halilintar hanya mampu tersengih sahaja mendengar leteran singkat dari Nut.

"Oklah... Aku setuju untuk lakukan promosi tu. "

"Orait! Nice! Kalau macam tu kau bersiap-siap cepat. Hari ni juga kita kena pergi ambil dialog dan tanda tangan dekat syarikat tu! Oh ya, jangan lupa pakai baju yang tebal-tebal! Aku dengar cuaca akan lebih sejuk dari biasa dan petang ni salji akan turun lebat!"

"Haih... Iya. Iya. Aku bersiap-siap sekarang. Nanti kau datang ambil aku! "

"Roger! "

Halilintar pun mematikan panggilan telefon dan menyimpan telefonnya semula di tempat asal dan kembali menyambung mengeringkan rambutnya dengan menggunakan tuala.

•°•°•

Tok! Tok!

"Masuk? "

Klik!

"Uhm... Hali? "

Halilintar menoleh ke belakang dan menemui Gempa sedang berdiri di belakang pintu. Halilintar menghentikan aktivitinya dari membutang pakaiannya dan mendekati Gempa.

"Ya, Gem? Gempa nak abang tolong sesuatu? "

Gempa menggeleng kecil. Pandangannya tertunduk ke bawah seolah-olah ingin menghindarkan diri dari melihat Halilintar. Perkara itu sudah membuatkan Halilintar berasa hairan. Dan apa yang semakin menghairankannya adalah wajah Gempa kelihat kemerah-merahan.

"Itu... A-aku nak keluar kejap. Nak pergi ambil Taufan dari sekolah dia. "

"Sekolah? "

Will You? [C]Where stories live. Discover now