Gempa membuka matanya apabila dia menyedari dan merasai cahaya suria pagi mula memasuki ruang biliknya yang gelap itu dari sebalik kain langsir yang menutupi tingkap biliknya. Gempa melihat jam penggera yang terdapat di atas meja di sebelah katilnya dan mendapati bahawa jam masih menunjukkan pukul 7 pagi.
'Masih awal... Majlis mula pukul 12.'
Sudah tentu Gempa ingat akan perayaan hari ini. Iaitu perayaan ulang tahun anak pertamanya, Taufan.
Gempa terdiam sambil memikirkan tentang anaknya yang pertama itu. Sambil-sambil itu tangannya mengusap perutnya yang hampir masuk 9 bulan.
Dia masih ingat, saat pertama kalinya dia mendapat tahu bahawa dia mengandungkan Taufan, hati dia disapa dengan rasa sedih dan kecewa kerana dia tahu ayah kepada kanak-kanak itu iaitu Halilintar tak akan mengetahuinya. Atau mungkin lebih tepatnya tidak ingin mengambil tahu kerana sifatnya yang lebih mementingkan mantan kekasihnya, Ying.
Sewaktu Yaya membawanya ke klinik untuk melihat sendiri keputusannya, Gempa pernah ragu-ragu untuk buat macam mana dengan kandungannya. Gempa tidak pernah berniat untuk menggugurkan kandungannya. Dia cuma tidak yakin sama ada dia mampu ataupun tidak untuk menjaga Taufan dan melahirkannya di dunia tanpa ada suami di sisi.
Namun begitu, sebaik sahaja dia melihat terdapat sebuah benih kecil yang dipancarkan di skrin, hatinya tiba-tiba disapa dengan perasaan kuat untuk memiliki dan menjaganya sehingga benih itu membesar dan menjadi bayi.
Di saat mengandungkan Taufan, Gempa tidak pernah sekalipun mengeluh dan menjadikan anak di dalam kandungannya itu sebagai alasan untuk dia berputus asa. Gempa sentiasa memikirkan tentang keselesaan Taufan apabila dia lahir nanti sewaktu dia dan Yaya berpindah ke negara luar. Setiap hari Gempa berfikir untuk segera mendapatkan kerja supaya apabila Taufan lahir nanti, kanak-kanak itu akan mempunyai tempat tinggal untuk bermain dan membesar.
Terasa seperti masa begitu pantas berlalu, di saat Gempa memegang Taufan buat pertama kalinya di dalam hidupnya, dia tidak dapat menyembunyikan perasaan gembiranya. Melihat seorang bayi yang masih terpejam rapat matanya dan menggengam erat jari telunjuknya. Gempa terharu dan bangga ke atas dirinya sendiri kerana telah berjaya melahirkan Taufan ke dunia dan tidak berputus asa dalam menjaga Taufan selama dia berada di dalam kandungannya.
Gempa tidak pernah memikirkan nama untuk Taufan selama dia sedang mengandungkannya. Tetapi entah kenapa sebaik sahaja sudah tiba saatnya untuk dia memberikan nama kepada anaknya itu, hatinya terdetik untuk melihat di luar jendela.
.
.
."Ya. Aku nak namakannya sebagai Taufan."
"Kenapa? "
"Sebab... Dia ibarat angin yang menyapa hidup aku. Kau tahu, kan? Selama ini hidup aku dihuni dengan kesempitan dan kesedihan. Dan bila sebaik sahaja aku dapat tahu yang aku kandungkan Taufan, aku rasa... Bahagia. Aku akui pada saat pertama tahu bahawa aku sedang mengandung, aku ada rasa sedih dan kecewa. Tetapi selebihnya aku bahagia. Aku rasa seperti tak dapat nak percaya yang... Aku sedang membawa sebuah nyawa di dalam diri aku. "
.
.
.Terasa seperti kelakar pula kerana Gempa boleh memikirkan tentang nama Taufan kepada anaknya hanya semata-mata angin yang berlalu. Jika didengar oleh orang lain, pasti mereka akan tertawa kerana bagi mereka kata-kata Gempa itu hanyalah alasan semata-mata.
Akan tetapi, apabila Gempa memikirkan dengan lebih dalam tentang nama tersebut, dia baru sedar bahawa namanya, Halilintar dan Taufan masing-masing mempunyai ciri-ciri yang sama.
YOU ARE READING
Will You? [C]
FanfictionLove Me Like You Do (Season 2) Setelah Gempa pergi meninggalkan Halilintar sendirian, Halilintar mula bertekad untuk mencarinya semula. Dan dalam tidak sedar, sudah 4 tahun berlalu dan pencariannya masih belum berakhir. "Tapi Hali, apa yang kau nak...