"Mommy...? Mommy kenal jantan tak guna ni? "
Halilintar bertanya dengan penuh hairan. Dia memandang wajah ibubapanya dan kemudian ke arah Sai secara bergilir-gilir bagi mendapatkan kepastian.
Namun ternyata bukan Halilintar seorang. Kaizo juga turut hairan akan isterinya sekarang.
"Shielda? U kenal lelaki tu? "
"Y-ya! Abang, U dah lupa ke? Itu abang kembar I! Sai! "
"HAH?! "
•°•°•
"Macam mana keadaan kau sekarang? Dah ok? "
"Agh... Ya. Ok sikit. "
Halilintar memandang ibu dan isterinya yang kini sedang membantu merawat Sai di atas kerusi sofa tepat-tepat di hadapannya dengan pandangan yang tidak puas hati. Dirinya sedari tadi masih setia berpeluk tubuh sambil menjeling tajam ke arah lelaki, atau lebih tepatnya Sai dengan aura yang gelap.
"Ckh! "
Halilintar membuang muka apabila melihat Gempa, isterinya sendiri sedang merawat bekas luka dan lebam yang ditinggalkan oleh Halilintar pada wajah Sai. Menyampah!
"He's your uncle, Hali. Kamu kena mula biasakan benda ni. "
Kaizo, seolah-olah faham dengan fikiran dan perasaan Halilintar, cuba memujuk anaknya itu. Dia tahu bagaimana keadaan dan perasaan Halilintar sekarang, tetapi apa yang boleh dia buat? Silap dia juga kerana langsung terlupa pasal abang iparnya itu.
"Tapi kenapa dia? Ada lebih 7.8 juta manusia di dalam dunia ni, dan 67 ribu lebih dekat Eropah ni, kenapa mesti dia? Takde orang lain ke? "
"Dia abang kembar Mommy kamu. Apa boleh buat? Daddy sendiri dah lupa sebab lama sangat kitorang tak bertemu. "
"Hah? Jadi macam mana Daddy kahwin dengan Mommy? "
"It's a long story, Hali. "
Halilintar memutarkan bola matanya dengan menyampah. Ada-ada sahaja drama terjadi di dalam hidupnya.
"Ada istilah perkataan 'pendekkan' di dalam bahasa kita, Dad. Just tell me the short one and the rest I will ask later. "
"Haih... Senang cerita, waktu pertama kali kenal Mommy kamu, Daddy dah pernah kenal uncle kamu tu. Kitorang berkenalan tak terlalu rapat sebab waktu tu uncle kamu sibuk belajar dan bekerja. Selepas Daddy kahwin dengan Mommy, kitorang pindah ke negara asal dan bina hidup baru. Semenjak itu kitorang lost contact dengan uncle kamu dan teruskan hidup tanpa ungkit nama dia sebab Daddy tak nak tengok Mommy kamu sedih. That's all. "
Halilintar mengangguk faham. Di dalam otaknya dia sudah mula berfikir akan segala situasi yang pernah berlaku di dalam hidupnya sewaktu dia masih kanak-kanak. Dia ingat bahawa ada suatu ketika malam itu, dia ternampak ibubapanya sedang berbual di dalam bilik mereka. Atau lebih tepatnya, ayahnya sedang menenangkan ibunya yang sedang menangis. Dan seingat Halilintar, mereka berdua baru sahaja pulang daripada luar negara di atas urusan kerja yang ayahnya perlu terlibat.
.
.
."Sudah... Tak perlulah U nangis lagi. Nanti bila ada masa kita cuba cari lagi, ya? "
YOU ARE READING
Will You? [C]
FanfikceLove Me Like You Do (Season 2) Setelah Gempa pergi meninggalkan Halilintar sendirian, Halilintar mula bertekad untuk mencarinya semula. Dan dalam tidak sedar, sudah 4 tahun berlalu dan pencariannya masih belum berakhir. "Tapi Hali, apa yang kau nak...