"Baik, cuba kira! Satu... Dua.. "
"S-satu... Dua... "
"Bagus! Pandai anak ayah! "
Halilintar sedang diam sambil menonton rancangan kanak-kanak bersama-sama bapanya yang kini sedang berlangsung di dalam siaran TV. Pandangannya kosong sahaja sewaktu melihat aksi bijak kanak-kanak yang umurnya seperti dalam lingkungan 3 tahun kini sedang belajar mengira bersama-sama ayahnya.
'Pandainya dia mengira... '
Halilintar mendesah sedih.
Dirinya sendiri tidak faham kenapa sebenarnya dia sering menonton rancangan-rancangan tentang hubungan kekeluargaan ibubapa dengan anak-anak mereka sekarang. Kerana jika difikirkan balik, Halilintar bukanlah tipikal seorang lelaki yang terlalu menekankan hubungan kekeluargaan. Jangan salahkan Halilintar, semua mesti ingat bahawa zaman kanak-kanak Halilintar tidak begitu baik bukan?
Atau mungkin faktor keadaan sekarang membuatkan dirinya menjadi semakin matang? Halilintar juga sebenarnya tidak pasti kerana dia sendiri tidak kenal dirinya. Tetapi apa-apa pun, dia sekarang rasa seperti cukup bersedia untuk fokus pada keluarga selepas melihat rancangan yang sering ditontonnya. Walaupun kenyataannya dia masih belum bertemu dengan Gempa lagi.
"Bila kamu akan pergi, Hali? "
Kedengaran suara Amato dari belakang Halilintar membuatkan dia berpaling ke arah bapa mertuanya. Halilintar tersenyum ramah ke arah lelaki yang dihormatinya itu sebelum dia menunduk hormat.
"Lebih kurang dalam seminggu lagi?"
"Oohh... Berapa lama kamu akan ke sana? "
Amato mengambil tempatnya di sebelah Halilintar iaitu di atas kerusi sofa yang sedang diduduki oleh menantunya itu. Kini mereka sedang berada di dalam rumah Amato yang mana Halilintar datang menjenguk keluarga mertuanya. Sudah menjadi perkara biasa dengan kehadiran Halilintar di dalam rumah itu. Sekurang-kurangnya terubat sedikit kerinduannya ke atas Gempa apabila dia dapat melihat keadaan tempat tinggal Gempa sebelum isterinya berpindah ke rumah baharu selepas berkahwin dengan Halilintar.
"Hmm... Dalam lebih kurang 2-3 bulan macam tu? Sebab syarikat Hali kena berkolaborasi dengan salah satu syarikat terkenal dekat sana. Jadi prosesnya mungkin akan lebih sedikit rumit sebab nak menjadikan satu perkara yang berkualiti tinggi tu memerlukan masa. Betul tak, Papa? "
Amato tersenyum lalu mengangguk.
"Yup! Ah, Papa tak sangka kamu sangat teliti dalam bekerja, ya? Kenapa tak jadi saja CEO dan penerus kepada syarikat Kaizo? "
"Uuhh.. Sebenarnya Hali bukannya minat sangat dalam urus orang bawah Hali. Yelah, sebabnya Hali lebih suka bekerja sendiri. Apa-apa kes tanggungjawab sendiri, kan? "
"Itu betul. Tapi bila kamu bekerja di dalam syarikat, sekurang-kurangnya kamu dapat mempunyai pengalaman tentang menguruskan sesuatu perkara. Senang cakap, setiap urusan kamu akan lebih terancang. Dan kesepakatan antara sesama pekerja juga menjadi kunci utama. Bila adanya kerjasama, maka hubungan sesama staff akan lebih terjaga dengan baik. "
"Oh? Adakah Papa ingin kaitkannya dengan perkahwinan? "
"Lebih kurang? Sebab kamu boleh letakkan perkahwinan ini umpama sebuah syarikat yang kamu perlu jaga dengan baik. Anak dan isteri adalah aset paling utama. Tak boleh biarkan ia rosak atau diambil orang kerana kamu akan rugi. Kamu faham maksud Papa kan, Hali? "
Halilintar mengangguk. Tetapi wajahnya mula berubah menjadi sedih.
"Kalau... Aset tu sendiri pergi macam mana, Papa? "
YOU ARE READING
Will You? [C]
FanfictionLove Me Like You Do (Season 2) Setelah Gempa pergi meninggalkan Halilintar sendirian, Halilintar mula bertekad untuk mencarinya semula. Dan dalam tidak sedar, sudah 4 tahun berlalu dan pencariannya masih belum berakhir. "Tapi Hali, apa yang kau nak...