Chap 88

797 78 11
                                    

Taufan memandang lelaki dewasa di hadapannya dan ibunya secara bergilir-gilir. Mata bulatnya seakan-akan tidak percaya sahaja dengan apa yang sedang berlaku di hadapannya sekarang.

"Mama... "

Gempa menatap Taufan dengan sedia maklum. Dia kemudiannya memandang ke arah Halilintar dan memberikan isyarat untuk suaminya itu datang lebih dekat dengan mereka. Nasib baiklah Halilintar faham akan isyarat tersebut dan terus mendekat. Biarpun wajahnya kelihatan tenang, tetapi tiada siapa pun yang tahu bahawa betapa gementarnya dirinya sekarang sehingga perutnya pun terasa tidak selesa.

Gempa memimpin Taufan untuk turun dari kerusi yang dia sedang duduki dan berjalan ke arah Halilintar. Mereka bertiga kemudiannya bertemu di ruang tengah tersebut dan membiarkan yang lain menatap mereka dengan penuh pengharapan dan keterujaan.

"Taufan... Ini lah Papa kamu. "

"P-Papa Taufan...? "

Taufan menatap ke arah Halilintar dengan penuh emosi di dalam hatinya. Banyak persoalan yan terlintas di dalam fikirannya di sepanjang dia cuba memproses kenyataan tersebut.

"Mama... M-macam mana..? Macam mana Uncle Handsome b-boleh jadi Papa Taufan...? Adakah shebab Taufan panggil dia 'Papa'? "

Gempa tersenyum mendengar persoalan anaknya. Dia tahu sudah tentu Taufan terasa seperti mustahil sahaja bahawa idolanya selama ini yang sentiasa dia kagumi itu adalah ayah kandungnya sendiri. Namun begitu, itulah kenyataannya. Darah Halilintar mengalir di dalam tubuh kanak-kanak itu sejak dia lahir lagi.

"Tidak, Taufan. Uncle Handsome memang betul-betul Papa Taufan. Sebenarnya Papa tak sempat nak jumpa kita sebab Papa kerja jauh dari kita. Tapi sekarang Papa dah tak sibuk dah. Sebab tu Papa datang jumpa Taufan.

Taufan tak happy ke dapat jumpa Papa? Kan Taufan selalu cerita dekat Mama yang Taufan nak peluk Papa bila dapat jumpa Papa Taufan? "

Gempa duduk berlutut di hadapan anaknya sambil berbicara baik-baik dengannya. Dia berharap agar anaknya tidak akan mempersoalkan perkara dengan lebih lanjut seperti kenapa Halilintar tidak terfikir untuk menelefon mereka atau sebagainya. Gempa tidak mahu menipu anaknya. Biarlah sekurang-kurangnya di saat Taufan sudah cukup besar nanti dia akan ceritakan segalanya dengan harapan anaknya itu akan memahami segalanya.

"M-Mama... Taufan... "

"Taufan? "

Taufan yang pada awalnya ragu-ragu terus berpaling ke arah lelaki di hadapannya. Halilintar mengangkat kedua belah tangannya dan seolah-olah memanggil Taufan untuk masuk ke dalam pelukannya. Entah kenapa di saat dia melihat Halilintar, kanak-kanak itu mula menjadi bertambah gugup.

"Come here, my son. "

Taufan memandang ke arah Gempa semula. Dan seperti jangkaan, Gempa hanya tersenyum dan menyuruh Taufan untuk pergi sahaja ke arah Halilintar.

Taufan menelan ludahnya dan mula melepaskan pegangannya daripada Gempa. Dengan langkah yang perlahan-lahan, dia pun mula berjalan mendekati Halilintar.

Jantungnya berdegup dengan begitu kencang sekali. Biarpun mereka sudah pernah berpelukan dan berada dalam lingkungan yang dekat, tetapi situasi sekarang seolah-olah membuatkan segalanya tidak pernah berlaku di dalam hidup Halilintar. Seolah-olah inilah pertama kalinya dia bertemu dengan Taufan dan berdepan dengan anaknya.

Sebagai seorang ayah yang sebenar.

Sebaik sahaja Taufan berdiri di hadapannya, Halilintar pun duduk berlutut di hadapannya dan terus menarik anaknya untuk masuk ke dalam pelukan. Halilintar memeluk tubuh anaknya dengan erat. Menyalurkan perasaan syukur dan gembira kerana dia akhirnya dapat memberitahu anaknya bahawa dialah ayah kandungnya selama ini.

Will You? [C]Where stories live. Discover now