Extra Chap

507 28 3
                                    

"Gem."

"Hmm?"

Gempa menyahut panggilan suaminya apabila Halilintar melangkah masuk ke dalam bilik mereka. Halilintar baru sahaja selesai menguruskan giliran tugasannya iaitu menidurkan anak-anak mereka dan kini, tepat pukul 10 malam giliran dia dan Gempa pula untuk tidur.

Halilintar mengambil tempatnya di atas katil dan di sebelah Gempa lalu menatap isterinya yang sedang khusyuk melihat telefon pintarnya. Tiba-tiba rasa cemburu hadir di dalam hatinya terhadap telefon tersebut. Sanggup isterinya melebihkan telefon itu berbanding suaminya yang tampan dan menggoda di sebelahnya?

"Gem... pandanglah abang!"

"Iyaa...? Abang cakap je nak apa?"

"Tapikan kalau nak bercakap kena saling tumpu antara satu sama lain? Gem tahu kan pasal tu dalam bidang psikologi yang Gem belajar sebelum ni?"

Gempa memutarkan bola matanya malas. Aduh, sempat suaminya guna taktik kotor macam tu untuk menarik perhatiannya? Ada-ada saja Halilintar!

"Haih... yelah, yelah! "

Telefon di tangannya di simpan di atas meja kecil di sebelah katil dan Gempa pun turut berbaring sambil menghadap ke arah Halilintar. Setelah mendapat perhatian yang diingini, kini wajah cemberut Halilintar pun berubah kepada senyuman puas hati.

"Heheh! Kan bagus kalau kita saling menghadap wajah macam ni? Baru betul suami isteri!"

Gempa memutarkan bola matanya buat kesekian kali namun tetap tersenyum. Dalam menyampahnya ada juga dia rasa setuju dan geli hati dengan kata-kata suaminya itu!

"Hm, abang nak cakap apa?"

"Tentang kita."

"Hm? Apa yang tentang kita?"

"Well... you know..."

Halilintar meraih tangan Gempa dan menariknya ke atas untuk mengusap telapak tangannya. Atau lebih tepatnya tempat beradanya cincin yang Halilintar belikan yang baharu tempoh hari.

"This... about this one."

Gempa melihat ke arah cincin yang dimaksudkan oleh suaminya itu. Dan setelahnya dia mula memahami apa yang dimaksudkan oleh Halilintar.

"Oh... "

"Ingat tak yang abang pernah cakap abang nak perbaiki balik hubungan kita? Maksud abang ialah dari awal. Abang nak baiki semuanya dari awal."

Mata Gempa terkebil-kebil berkelip. Cuba untuk menangkap dan berusaha untuk memahami maksud apa yang ingin disampaikan oleh suaminya.

"Uhmm..."

"You get it?"

Gempa menggeleng kecil sambil tersenyum canggung.

Tetapi untung Halilintar cukup sabar untuknya.

"Maksud abang, kita kahwin semula!"

"Hah?!"

Badan Gempa serta-merta terduduk di atas katil dan matanya menatap bulat ke arah suaminya. Biar betul?

"A-apa... m-maksud abang macam mana? Saya tak faham!"

Halilintar mendengus panjang seiring dengan ikut duduk di samping Gempa. Tangan kiri isterinya diambil dan diusap dengan lembut sembari otaknya sedang ligat menyusun ayat dan perkataan untuk menerangkan segalanya.

"Kahwin semula. Yes, kahwin semula. Buat majlis perkahwinan, pakai wedding dress dan jemput orang ramai semua."

"T-tapi kan kita masih sah bergelar suami-isteri? Abang... abang nak kita cer-"

Will You? [C]Where stories live. Discover now