Chap 57

616 73 3
                                    

Gempa meletakkan secawan Americano dan coklat panas di atas meja yang sedang dia dan Sai duduki di dalam sebuah kafe.

"Nah. "

"Thanks! Maaf menyusahkan. Mesti hari ni Gempa penat, kan? "

Sai berkata sembari meletakkan telefonnya semula di atas meja bulat tersebut. Dia membetulkan posisinya dan menghadap ke arah Gempa dengan senyumannya.

"Tak berapa sangat. Tapi boleh juga dikatakan cukup penat. Banyak pesakit yang memerlukan rawatan psikologi. "

"Iya? Kenapa? "

Gempa menghela nafas sambil mengacau coklat panas di dalam cawannya sambil termenung panjang. Manakala Sai pula sudah meminum sedikit Americanonya yang hangat itu.

"Entahlah. Banyak masalah yang mereka hadapi. Macam contoh beberapa pesakit yang saya dapat baru-baru ni. Kebanyakannya mempunyai masalah yang sama iaitu tekanan perasaan. Saya ada bertanya adakah mereka mempunyai masalah keluarga atau orang sekeliling, dan kebanyakannya mempunyai masalah macam tu.

Walaupun ia adalah masalah yang biasa dihadapi oleh orang sekeliling, tetapi sebenarnya ia amat teruk untuk kehidupan kita. Maksud saya, kebanyakannya pesakit saya lebih memilih untuk menahan segala perasaan mereka berbanding menceritakannya kepada sesiapa termasuk meluahkannya kepada ahli keluarga mereka. Biarpun mereka rasa yang ianya adalah pilihan yang betul tetapi mereka tidak sedar yang ia boleh membawa kesan di dalam hidup mereka.

Macam contoh, polar makan mereka akan berubah. Lepastu mereka jadi lebih sukar untuk bergaul sebab pendapat mereka manusia di sekeliling mereka semua mempunyai sifat yang sama iaitu sifat seperti orang yang telah mendera mental mereka. "

Gempa menyisip air coklat panasnya sebelum dia menyambung semula.

"Saya terpaksa memberikan mereka rawatan yang sesuai dan berulang-ulang kerana kebanyakan daripada mereka amat sukar untuk menerima perubahan. "

Sai menganggukkan kepalanya sambil bersetuju dengan kata-kata Gempa.

"Betul tu. Tapi tugas kita apa lah sangat, kan? Maksud saya... Kita hanya boleh membantu mereka. Bukan untuk menyelesaikan masalah mereka. Kita bantu dan selebihnya mereka sendiri yang membuat keputusan tentang kehidupan mereka. "

Kini Gempa pula yang menganggukkan kepalanya sebagai tanda setuju.

"Oh ya, Sai akan pulang bila pula? "

"Hm? Uhhmm... Dalam masa terdekat ni? Tapi nanti saya datang balik ke sini. "

"Eh? Kenapa pula? Habis hospital yang Sai perlu jaga? "

"Sudah ada seseorang yang menguruskannya. Dan lagipun.... Saya kembali ke sini juga sebab saya ada urusan yang mustahak. Jadi agak sibuk sikit ulang-alik naik kapal terbang. "

Gempa tertawa kecil mendengar keluhan Sai.

Ding!

"Ah, excuse me, Sai. "

"It's ok. Take your time. "

Gempa tersenyum ke arah Sai sebelum keningnya muka berkerut apabila dia mendapat sebuah mesej lagi daripada nombor yang sama. Dia melirik ke arah telefonnya dan mengambilnya untuk melihat apa pesanan baru tersebut.

Terdiam Gempa apabila dia melihat Halilintar bersama-sama gadis yang sama sedang berbual-bual bersama-sama beberapa orang lain di dalam gambar tersebut. Gempa tidak tahu mereka di mana tetapi Gempa yakin yang ianya mungkin di set pengambaran filem Halilintar.

'Jadi perempuan tu pun artis juga, huh? '

Gempa mengetap bibirnya untuk menahan dirinya dari berdecih kesal. Dia tidak sedar yang segala perilakunya dipandang oleh Sai.

Will You? [C]Where stories live. Discover now