Chap 3

1K 85 4
                                    

Ding dong~

"A moment! "

Kedengaran suara seorang remaja perempuan menyahut panggilan loceng rumahnya sebelum selepas itu langkah kaki yang berjalan mendekati pintu kedengaran. 2 orang tetamu yang sedang bertandang di rumah tersebut hanya menunggu dengan sabar sambil tersenyum.

Klik!

"Yes- Waaahh!! Adik Taufan!! Mama! Adik Taufan datang!! "

"Kak Pipi!! "

Kanak-kanak lelaki, iaitu Taufan yang sedari tadi memegang tangan Yaya kini terus melepaskannya dan berlari kecil untuk mendekati remaja di hadapannya. Remaja perempuan di hadapannya tidak segan silu untuk menerima pelukan kanak-kanak itu dan mereka saling berpelukan dengan mesra sekali seperti sudah bertahun-tahun lamanya tidak bertemu.

"Hahaha! Korang ni macam dah lama pula tak berjumpa! "

"Mestilah Kak Yaya! Pipi riiiiinnnduuu Adik Taufan! Adik Taufan datang nak main dengan Kak Pipi, kan?? "

Taufan mengangguk. Pelukannya pada gadis tadi masih belum dilepaskan.

"Hm! Taufan tak shabar nak main dengan Kak Pipi! Hari ni kita main shorok-shorok, ya?? "

"Hahaha! Ok! Ok! "

Tidak jauh dari tempat mereka, datangnya seorang wanita dewasa yang wajahnya kelihatan dalam lingkungan 40 an sedang berjalan mendekati 3 orang tadi sambil tersenyum mesra.

"Mama ingat kamu tak dapat datang untuk hantar Taufan hari ni. "

Yaya tersenyum sambil menatap ke arah wanita di hadapannya. Wanita itu sudah tidak asing baginya.

"Mana mungkin, Mama? Nanti rindulah Taufan dekat Kak Pipinya ni. "

MamaZila, ibu kepada Pipi iaitu remaja perempuan tadi tersenyum sambil melihat ke arah kemesraan antara anaknya dan Taufan bersama. Rasa lega di hatinya kerana akhirnya anaknya ada teman untuk bermain bersama. Walaupun perbezaan umur mereka agak sedikit ketara. Tetapi mujurlah Pipi adalah seorang yang suka akan kanak-kanak. Jadi tidak perlu hairan jika hubungannya dan Taufan amat rapat. Gadis itu amat menyayangi Taufan sama seperti adik kandungnya sendiri.

"Eh, Yaya tak nak masuk sarapan dulu ke? "

Yaya menggeleng sambil tersenyum.

"Takpelah, Mama. Yaya pun sebenarnya dah lewat dah ni untuk ke hospital. Jadi Yaya tinggalkan Taufan di sini, ya? Kalau ada apa-apa Mama call Yaya atau Gempa, ya? "

"Baiklah. Hati-hati, ya? "

Yaya mengangguk. Dia sempat melambaikan tangannya kepada mereka bertiga sebelum dia segera beredar untuk bertolak ke tempat kerjanya.

Sebenarnya bukan Yaya yang sepenuhnya setiap hari menghantar Taufan ke taska. Kerana jadualnya yang sentiasa sibuk, dia terpaksa mencari sesiapa sahaja yang sudi menolongnya. Dan perkara ini sudah tentu diketahui oleh Gempa sendiri. Gempa pernah terfikir untuk menguruskan Taufan secara keseluruhan kerana tidak mahu menyusahkan Yaya. Tetapi gadis itu berdegil kerana dia ingin Gempa tetap fokus dalam pekerjaannya.

Sudah 4 tahun mereka menetap bersama di negara Eropah itu. Dan sudah 3 tahun setelah Gempa menemui kerjanya sebagai seorang doktor dalam bidang psikologi semula, segalanya terasa seperti sedia kala. Cuma kini Gempa memulakan hidupnya di negara lain. Dunia yang lain dari tanah airnya sendiri.

Tetapi Gempa tidak terasa asing. Ini kerana setelah beberapa bulan Gempa selamat melahirkan Taufan, dan sewaktu dia dan Yaya keluar untuk jalan-jalan sambil membawa Taufan, mereka menemui MamaZila yang sedang membeli-belah bersama-sama Pipi yang pada waktu itu masih di sekitar sekolah rendah.

Will You? [C]Where stories live. Discover now